Siakap Keli
Gambar Hiasan

Haziq Aziz Dipecat Daripada PKR Serta-Merta – Anwar Ibrahim

Haziq Abdul Aziz nama yang mula dikenali di sejak awal Jun tahun ini tatkala terjebak dalam skandal politik. Lantaran itu, beliau telah dipecat sebagai setiausaha sulit kanan (SUSK) kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Hal itu berikutan pihak kementerian sememangnya memandang serius terhadap isu pelanggaran nilai, etika, dan Peraturan-peraturan Perkhidmatan Awam.

Sebentar tadi, Anwar Ibrahim yang merupakan Presiden Parti Keadilan Rakyat telah membuat satu hantaran di laman Facebooknya.

“KEADILAN memecat keahlian Haziq Abdullah Abdul Aziz selepas diputuskan oleh Lembaga Disiplin.

Pengerusi Lembaga Disiplin, Ahmad Kassim menegaskan, Haziq telah membuat tuduhan rasuah secara terbuka terhadap pemimpin parti tanpa bukti, sekali gus melanggar kod etika parti.

Pemecatan tersebut dilakukan selepas tamat 14 hari yang diberikan kepada Haziq untuk memberikan surat tunjuk sebab.”

Sumber: Bernama & Anwar Ibrahim

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.