Siakap Keli
Gambar: Ahmad Safiuddin

(Video) “Dah Pandai Gosok Mata Kalau Mengantuk,” Ayah Kongsi Perkembangan Terbaru Ainul Mardhiah

“Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri
Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita
Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di taman syurga”

Namanya mula bergema di seluruh negara sejak dari April lalu, namanya jugalah mampu menyatukan bangsa di sini untuk membantu, menyumbang ke arah kesembuhannya. Takdir Allah menentukannya, berkat doa, Ainul Mardhiah berjaya menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di mulutnya itu.

Segala-galanya tampak dipermudahkan. Imbas kembali, bermula dari tularnya kisah mengenai bayi istimewa ini, ramai yang sanggup bergadai harta demi menghulurkan bantuan. Nama Ainul Mardhiah yang turut menggegar Kota London, ‘membuka hati’ beberapa orang doktor pakar dan pelbagai pihak untuk memberikan sokongan kepada proses tersebut.

Malah, saban hari orang ramai masih ternanti-nanti tentang perkembangan terkini ‘Buah Hati Malaysia Ini’.

Sebentar tadi, Ahmad Safiuddin telah memuatnaik sebuah video Ainul untuk berkongsi keadaan terbaru anaknya itu. Menurutnya:

Assalamualaikum. Apa khabar semua?

Alhamdulillah, hari demi hari kesihatan ainul bertambah baik dan dia pun semakin cergas.

Sekarang ni ainul dah pandai gosok mata kalau dia mengantuk. And kalau tutup lampu bilik bila dia belum nak tidur, ainul akan geleng2kan kepalanya maksudnya dia tak mahu tidur lagi 😁

Semoga membesar dengan baik, anak. Mama dan walid akan sentiasa menjaga amanah dari Allah ini sehingga nafas kami yang terakhir!

 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.