Siakap Keli
Gambar Hiasan

Sampai Muntah Hijau, Lelaki Ini Meninggal Dunia Lepas Makan Cicak Tokek

Mati seakan sia-sia akibat berani mencuba untuk makan seekor cicak jenis Gecko atau dikenali sebagai cicak tokek dalam satu permainan cabar mencabar di sebuah parti di Brisbane, Australia. Selepas 10 hari dijangkiti salmonella iaitu penyakit bakteria biasa yang menjejaskan saluran usus.

David Dowell dilaporkan telah dicabar oleh rakan-rakannya untuk memakan reptilia itu. Selepas dia makan, dengan tiba-tiba Dowell mengalami kesakitan yang melampau dan memuntahkan cecair bewarna hijau serta dikejarkan ke Mater Hospital.

Menurut isterinya, Allira Bricknell mengatakan bahawa dia tidak tahu punca sebenar kematian suaminya tetapi laporan sijil kematian menyatakan disebabkan pencdernaan cicak tersebut.

Apa yang berlaku oleh Dowell, bakteria salmonella menyebabkan pesakit mengalami sakit perut, kejang perut dan demam. Bahkan paru-paru Dowell turut dilaporkan dipenuhi cacair berkenaan.

Sumber:  Geek.com

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang