Siakap Keli

Gempa Dahsyat 6.4 California Selatan, Getaran Terasa Sampai Ke Los Angeles

California telah digegarkan dengan gempa bumi terburuk dalam tempoh 20 tahun di kawasan selatan negara tersebut.

Gempa bumi kuat dengan kekuatan 6.4 skala Richter itu berlaku di Ridgecrest kira-kira 150 kilometer Utara dari Los Angeles.

Menurut sumber, sekurang-kurangnya 159 gempa susulan dengan kekuatan 2.5 skala Richter telah direkodkan. Ianya tidak dijagkakan dan lebih tinggi daripada biasa,

Jabatan Pemadam Kebakaran San Bernardino melaporkan idak ada cedera terhadap penduduk di sekitar pusat gempa. Namun mengalami kerosakan besar di beberapa bahagian.

Sementara itu, Lapangan Terbang Los Angeles tidak terlalu terkesan dan penerbangan masih berjalan seperti biasa.

Wakil bandar, Ridgecrest Peggy Breedon memberitahu CNN bahawa terdapat benda-benda jatuh dari bangunan dan mengenai penduduk sekitar dan mereka juga merasakan beberapa gempa susulan.

 

Sumber: CNN Indonesia

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.