Siakap Keli
Gambar: Nor Diana

Ramai Tak Tahu Gadis Kecil Molek Ini Ahli Gusti Wanita Yang Baru Saja Julang Kejuaraan MYPW

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Seperti yang diketahui, gusti adalah pergerakan yang melibatkan pergelutan fizikal antara dua individu. Ia bukan ‘pergaduhan’ biasa, sebaliknya ia memerlukan teknik fizikal yang melibatkan pergerakan seperti memegang, mengunci dan memeluk para lawan. Mungkin sukan jenis ini kurang menonjol tetapi ia pernah menjadi antara rancangan yang popular di negara ini.

Sebut sahaja World Wrestling Entertainment (WWE), pasti ada di kalangan anda yang gemar menonton rancangan ini dahulu. Ia merupakan sebuah gabungan di antara gusti serta seni persembahan yang dipertontonkan mengikut skrip dan kereografi tertentu.

Ketika menontonnya di televisyen, sudah tentu mulut anda akan menjerit nama-nama ‘hero’ pilihan anda seperti Undertaker, Stone Cold, Triple H ataupun John Cena kononnya untuk memberi semangat.

Gambar: WWE

Tetapi mungkin ramai tak sedar, bahawa di negara kita juga mempunyai komuniti yang menyokong kuat aktivti ini sehingga tertubuhnya Malaysia Pro Wrestling (MYPW). Ayez Shaukat Fonseka yang merupakan bekas stuntman (pelakon lagak ngeri) telah mengasaskan MYPW ini sejak tahun 2014.

Tempat ini diumpamakan sebagai institusi untuk melatih mereka yang berminat dalam dunia sukan gusti mempelajari teknik asas mahupun kompleks.

Nor Diana (Gambar: MYPW)

Kebiasannya, dapat dilihat bahawa dunia sukan gusti ini seolah-olah dimonopoli oleh kaum lelaki, namun ternyata sentimen berkenaan berubah tatkala muncul seorang gadis kecil molek yang bernama Nor Diana ini.

Nor Diana atau dikenali dengan nama Nor ‘Phoenix’ Diana gemar beraksi di ‘arena pertempuran’ sambil mengenakan kostum serta topeng berwarna merah hitam, beliau membara seakan-akan burung api dalam mitologi lagenda Mesir, Phoenix.

Gambar: Nor Diana

Namanya bersinar tatkala muncul sebagai juara wanita pertama yang memenangi kejuaraan Malaysia Pro Wrestling dalam acara MyPW Wrestlecon baru-baru ini.

Penggusti wanita berhijab ini ada memuatnaik hantaran di laman Facebooknya:

“Tiga tahun lalu, saya memulakan kemunculan pertama saya di  muncul di Kuash Theatre tetapi tidak berjaya untuk menang. Namun setelah 3 tahun berlalu, saya kini berdiri megah di atas gelanggang sambil menggenggam kejuaraan Wrestlecon @mwrwrestling.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ayez Shaukat Fonseka kerana mempercayai saya sejak hari pertama saya jejakkan kaki dalam gelanggang. Tanpa bimbingan dan sokongan, saya tidak mungkin berada di sini sekarang.

Di samping itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada peminat dan orang ramai yang sentiasa menyokongnya.

Sumber: Nor Pheonix Diana

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.