Siakap Keli

Sayangi Dan Hargai Diri Anda Dengan 5 Petua Ini

Jangan teragak-agak untuk berterima kasih dan sayang diri anda.

Seringkali kita lebih peduli dengan kebahagiaan orang lain berbanding diri kita sendiri. Akibatnya, kita tidak berani menjadi tegas, tidak percaya diri, banyak mengalah dan terlalu tunduk. Dengan alasan menghormati orang lain, kita lupa untuk memberi perhatian dan menghormati diri kita sendiri.

Kadang-kadang kita juga menganggap orang lain jauh lebih baik hanya kerana dia agak berani. Sebenarnya, kita juga boleh seperti dia jika kita mahu menguruskannya dengan baik. Jika hal ini berlarutan, tidak hairanlah kita akan mudah tertekan dan kecewa.

Penyelesaian utama dalam menangani masalah ini ialah, menghormati dan mencintai diri kita sendiri. Cuma, ramai yang tidak tahu bagaimana hendak memulakannya.

Sama-sama kita lihat 5 petua berikut.

1. Puji diri sendiri

Ya, pujian diri merupakan langkah pertama yang boleh dilatih bagi menghormati dan mengasihi diri sendiri. Mungkin ini kedengaran agak aneh dan mengada-ngada. Tapi, ingatlah bagaimana perasaan anda ketika dipuji oleh orang lain?

Anda tidak tahu bagaimana mengukur keikhlasan sebuah pujian. Namun, disaat anda sendiri yang melakukannya, anda akan faham sejauh mana ikhlasnya anda menerima diri sendiri.

Puji diri sendiri atas pencapaian yang sudah anda capai hingga sekarang. Puji diri anda atas ujian-ujian sudah pernah dilalui. Maka itulah kekuatan anda.

2. Ambil masa berehat apabila letih

Jangan paksa diri anda apabila kepala anda sakit atau badan anda letih kerana sudah bekerja keras. Beri atau ambil masa untuk berehat dengan manjakan diri sendiri.

Anda boleh lakukan ini dengan sediakan makanan ringan kegemaran, tonton rancangan kegemaran atau sekadar cuci mata anda.

Bisikkan pada diri sendiri bahawa anda sangat berharga, perlukan rehat dan jangan merasa tertekan.

3. Maafkan diri sendiri

Tidak semua perkara boleh berjalan dengan lancar mengikut perancangan kita. Kadang kala, kegagalan dan kesilapan wajib dan perlu berlaku dalam setiap peribadi. Maka, maafkan diri anda jika merasa anda ada melakukan kesilapan.

Apabila anda terlalu banyak membuat tuntutan terhadap diri sendiri, risiko kemurungan akan semakin menjadi lebih dekat dengan diri anda.

Oleh itu, anda harus biasakan diri untuk terus berfikir positif dan rajin untuk mencari penyelesaian dalam setiap kesempatan yang ada.

4. Kenal pasti potensi diri anda

Meneroka potensi diri anda adalah sangat penting bagi mengenal pasti kekuatan anda sendiri. Oleh itu, modal mengenali watak dan tabiat diri anda mesti besar.

Jangan abaikan sikap yang timbul dalam diri anda. Setiap butiran memberikan maklumat tentang anda.

Terokai potensi anda dengan menguji keperibadian atau bakat. Ujian tersebut perlulah diisi dengan sungguh-sungguh bagi membuktikan sejauh mana anda kenal dengan diri anda.

Inilah masanya untuk anda melihat titik kekuatan anda dan bukan lagi melihat pada titik kelemahan anda.

5. Beri peluang untuk realisasi diri

Pada dasarnya setiap orang menginginkan ganjaran berdasarkan keupayaan yang sudah dipaparkan. Ingin dipandang bukan hanya sebagai status sosial. Ada potensi diri yang perlu diterokai yang berguna untuk diri sendiri termasuklah orang lain. Demikian juga dengan diri anda.

Oleh itu, sediakan ruang dan masa untuk diri sendiri bagi realisasi diri mengikut minat dan juga bakat yang anda ada.

Masa-masa yang anda lalui akan terasa lebih bermakna. Disitu anda akan merasakan betapa berharganya diri anda.

Demikian 5 petua yang anda boleh cuba. Jadi jangan teragak-agak untuk berterima kasih dan sayang diri anda sendiri.

Sumber: IDN Times

Eyen Mirlen

write deeply from your heart