Siakap Keli

Tersenyum Sebaik Keluar Bilik Perbicaraan, Rakaman Lama Suspek Arwah Zulfarhan Undang Kecaman

Masihkah anda ingat insiden dua tahun lepas yang menggemparkan seluruh rakyat Malaysia? Peristiwa yang melibatkan kematian seorang Pegawai Kadet Laut UPNM, Zulfarhan Osman Zulkarnain dipercayai didera oleh rakan universitinya.

Lebih memilukan, dia didakwa telah diperlakukan dengan kejam sehingga ditekap dengan seterika wap yang menyebabkan mangsa mengalami komplikasi luka lecur hampir 80 peratus pada permukaan badannya.

Berikutan kes tersebut, 19 orang pelajar dari universiti berkenaan telah ditahan diatas tuduhan membunuh dan mencederakan rakan universiti mereka.

Baru-baru ini, emosi marah rakyat Malaysia kembali membara berikutan rakaman lama yang dimuat naik semula menerusi Twitter dipercayai milik adik arwah menunjukkan suspek-suspek keluar daripada perbicaraan sambil tersenyum.

Sumber: Twitter

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa