Siakap Keli

Tular ‘Nenek Kebayan’ Berjalan Di Hospital, JKN Negeri Sembilan Tampil Beri Penjelasan Sebenar

Semalam tular di laman twitter mengenai ‘kemunculan misteri’ seorang wanita warga emas di sebuah hospital. Berikutan itu, muncul pelbagai spekulasi mengenai kejadian terbabit sehinggan ada yang mengaitkannya dengan alam ghaib. Menurut sumber, gambar berkenaan di rakam di sebuah hospital di Negeri Sembilan.

Dikatakan bahawa insiden itu terjadi sekitar jam 2 atau 3 pagi. Malah, ada dakwaan yang menyatakan bahawa wad terbabit tidak dihuni oleh warga emas, ianya hanya dipenuhi oleh pesakit muda. Lalu, isu berkenaan tersebar sehinga ke medium lain dan menyebabkan orang ramai menggelar entiti itu sebagai ‘nenek kebayan’.

Lantaran itu, terpanggil untuk mengelakkan sebarang persepsi. Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan telah tampil menjelaskan perkara sebenar di ruangan komen salah satu hantaran di laman Facebook.

Gambar: Facebook

Menurut mereka, entiti tersebut adalah seorang warga emas di salah sebuah hospital di sana. Malah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan juga meminta pihak berkenaan memadam hantaran terbabit untuk mengelakkan salah tanggapan di kalangan masyarakat.

Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan & Twitter

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.