Siakap Keli
Foto: Official Fan Club Hafizh Syahrin 55 pescao

Pasukan Tech3 Pilih Brad Binder Untuk Musim 2020, Kemana Hala Tuju Hafizh Syahrin Selepas Ini?

Pihak KTM telah mengsahkan bahawa tiada tempat untuk Hafizh Syahrin dalam pasukan Tech3 untuk musim 2020. Ini selepas KTM Tech3 menandatangani pelumba dari Afrika Selatan, Brad Binder sebagai pelumba kedua selepas Miguel Oliviera.

Brad Binder musim ini sedang beraksi dalam saingan Moto2 bagi pasukan Red Bull KTM Ajo dan menduduki tangga kelapan dalam kedudukan kejuaraan Moto2.

Sejak semalam, Brad Binder telah pun mencuba menunggang jentera KTM 1000cc bersama penunggang lain seperti Dani Pedrosa dan Mika Kallio. Brad  mengucapkan terima kasih kepada KTM, pasukan Tech 3, pengurus peribadinya dan keluarga yang sentiasa membantu beliau mencapai impia beliau dan memberi peluang untuk beliau beraksi di kelas tertinggi itu.

Persoalan yang bermain di minda peminat-peminat sukan permotoran di Malaysia ketika ini, apakah nasib Hafizh Syahrin? Pasukan manakah yang beliau bakal wakili untuk musim 2020? Adakah Hafizh akan kembali beraksi di Moto2?

Hafizh Syahrin menyertai MotoGP bermula bersama pasukan Monster Yamaha Tech3 sebelum Tech3 menandatangani kontrak baru bersama KTM. Sejak dari itu, Hafizh bergelut dengan prestasi untuk menyesuaikan diri dengan jentera baru dari KTM itu. Setakat ini Hafizh hanya mengumpul 3 mata dalam 9 perlumbaan.

Sumber: GPone

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)