Siakap Keli
Gambar Hiasan(Foto: The Citizen)

Kadar Sifilis Eropah Melonjak 70 Peratus, Seks Sejenis Didakwa Antara Punca Utama Peningkatan

Sifilis adalah sebuah penyakit yang disebarkan melalui hubungan seksual atau lebih dikenali sebagai sexually transmitted disease(STD). Ia merupakan sebuah jangkitan yang mampu memberikan kesan buruk sekiranya tidak dirawat.

Bercakap mengenainya, kadar peningkatan sifilis di benua Eropah telah meningkat lebih kurang 70% sejak tahun 2010, menurut laporan Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah(ECDC).

Mereka juga melaporkan bahawa antara punca utama peningkatan tinggi ini adalah termasuk seks tidak selamat, sering bertukar pasangan serta gejala seks sejenis.

Lebih memeranjatkan lagi, kadar peningkatan kes sifilis baru di United Kingdom(UK) adalah lebih tinggi berbanding peningkatan kes baru HIV di sana, iaitu 11.8 kes dari setiap 100 ribu orang.

Selain UK, Iceland dan Malta juga mengalami peningkatan mendadak iaitu masing-masing 15.4 kes(Iceland) dan 13.5 kes(Malta) dari setiap 100 ribu orang.

Gambar Hiasan(Foto: FDA)

Menurut pakar ECDC, Andrew Amato-Gauci, peningkatan kes sifilis di benua itu meningkat akibat seks tanpa kondom, bertukar pasangan serta kurangnya rasa takut untuk dijangkiti HIV.

Secara keseluruhan, ECDC memaklumkan bahawa sebanyak lebih 260 ribu kes jangkitan sifilis telah direkodkan di 30 buah negara Eropah sepanjang tahun 2007 hingga 2017.

Antara kesan buruk yang boleh dihadapi penghidap penyakit sifilis ini ialah berisiko diserang HIV, kematian bayi serta kematian bayi dalam kandungan.

Sumber: VOA News

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi