Siakap Keli
Gambar Hiasan

9 Tips Mudah Dapatkan Kulit Cantik Tanpa Perlu ”Make Up” Tebal-Tebal

Makeup biasanya digunakan untuk membuatkan wanita kelihatan cantik. Walau bagaimanapun, penggunaan alat solek ini memerlukan proses yang lama. Tapi sebenarnya, anda juga boleh kelihatan cantik tanpa perlu bersusah payah untuk menggunakan alat solek.

Kelihatan cantik secara semula jadi atau ‘natural beauty’ merupakan idaman serta impian setiap kaum hawa. Terdapat pelbagai cara yang anda boleh lakukan untuk tetap kelihatan cantik tanpa mengaplikasikan sebarang bentuk alat solek pada wajah.

Blodsky berkongsi tips-tips berikut untuk anda menjadikan anda kelihatan ‘natural beauty’.

1. Tidur cukup

Kunci pertama untuk mendapatkan wajah yang segar dan cantik tanpa makeup adalah dengan meluangkan masa tidur yang cukup. Sekurang-kurangnya anda perlu tidur selama 6 hingga 8 jam. Tidur yang cukup ini akan melegakan badan sekaligus meremajakan kulit.

 2. Menjaga kelembapan

Kulit yang lembab boleh memberikan keajaiban. Memberikan penghidratan pada kulit sangat diperlukan untuk memastikan kulit anda tetap lembut.

3. Pengelupasan sel kulit mati

Fungsi pengelupasan adalah untuk membuang atau menggantikan kulit mati. Jika anda ingin kelihatan secara semula jadi, anda hanya perlu melakukan pengelupasan atau penanggalan agar badan bersih daripada sel-sel kulit mati. Cukup lakukan ini 1 hingga 2 kali seminggu.

4. Gunakan toner

Toner boleh mengurangkan atau mengecilkan pori-pori di wajah anda. Penggunaan toner ini juga akan menjadikan wajah anda kelihatan lebih tegang atau ketat. Penggunaan tetap serta konsisten akan membuatkan anda kelihatan cantik tanpa menggunakan makeup.

5. Jangan picit jerawat

Jerawat adalah masalah kulit yang cukup mengecewakan dan menyakitkan. Kesilapan dalam menangani jerawat membolehkan akibat buruk berlaku. Antaranya adalah mereka yang biasa dan suka untuk menekan atau memicit jerawat. Kebiasaan ini hanya akan meninggalkan parut jerawat yang merosakkan kecantikan wajah.

6. Kemaskan kening anda

Kekemasan pada bentuk kening anda mempengaruhi kecantikan semula jadi pada wajah. Jika ingin kelihatan cantik tanpa makeup bolehlah merapikan dan kemaskan kening anda.

7. Cuba gaya rambut baru.

Cara lain untuk kelihatan cantik semula jadi juga boleh mencuba inisiatif ini. Gayakan rambut baru anda sekali sekala kerana gaya rambut baru boleh membuatkan wajah anda kelihatan lebih segar.

8. Menggunakan sunblock

Terdedah kepada cahaya matahari yang panas boleh menyebabkan kulit anda akan kelihatan kering, kemerahan dan lain-lain. Selain itu cahaya matahari juga boleh mempercepatkan munculnya tanda-tanda penuaan seperti garis halus, kedutan dan kulit wajah anda kendur. Sentiasa gunakan sunblock atau pelindung matahari bagi mengelakkan kerosakan pada kulit wajah anda.

9. Pastikan bibir anda lembab

Bibir kering tentu bukan rupa yang menarik. Jangan lupa untuk sentiasa membawa lipblam dan sapukan pada bibir anda apabila terasa kering. Bibir yang halus, lembut dan lembab akan mempengaruhi kecantikan semula jadi pada wajah anda.

Sumber: CNN Indonesia

Eyen Mirlen

write deeply from your heart

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.