Siakap Keli

“Saya Harap Kamu Lindungi Kawan-Kawan,” Tentera Israel Tembak Kepala Kanak-Kanak 9 Tahun

“Saya sedang duduk di hadapan rumah melihat askar dan tidak dapat tahu apa yang berlaku. Sekarang saya berperang untuk hidup. Saya mungkin tidak berjaya, tetapi saya harap kamu melindungi kawan-kawan saya.”

Mesej ringkas ini disampaikan oleh seorang kanak-kanak lelaki Palestin yang telah ditembak oleh tentera Israel. Insiden tersebut berlaku dalam pertempuran di kawasan kampung Kafr Qaddum.

Akibat daripada itu, kanak-kanak berumur 9 tahun, Abdul Rahman Shtewi ditembak di bahagian kepalanya dan berada dalam keadaan yang kritikal. Lebih parah, doktor yang merawat terkejut apabila mendapati terdapat lebih 70 serpihan peluru di dalam kepalanya.

Kisah nasib kanak-kanak tidak bersalah ini turut dikongsikan di beberapa laman sosial.

Berdasarkan satu perkongsian di laman Twitter Satar_Pali, dia mendakwa bahawa doktor telah mengeluarkan 70 serpihan peluru dari kepala Abdurrahman Isteiwi.

“Kanak-kanak tidak sepatutnya jadi mangsa kebencian”

 

“Betapa tiada hati anda sebagai seorang manusia”

 

Sumber: Quds News, Satar_Pali

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa