Siakap Keli
Foto: YouTube

“Tutup Botol Tu Biasa-Biasa Je, Cuba Nyalakan Mancis Pula”, Kanak-Kanak Bawa #bottlecapchallenge Ke Satu “Level” Baru

Cabaran #bottlecapchallenge telah menjadi tular sejak kebelakangan ini. Ia memerlukan peserta untuk membuka penutup botol menggunakan tendangan tanpa menjatuhkan botol.

Beberapa orang selebriti dan atlet sukan terkenal seperti Donnie Yen, Ibrahimavic dan Jason Statham turut berjaya dengan penuh bergaya melaksanakan cabaran ini.

Hebat? Memang hebat, tapi tidak mampu mengalahkan kanak-kanak dari China ini.

Dalam satu video yang dikirimkan di YouTube beberapa hari lalu, dua orang kanak-kanak lelaki telah membawa #bottlecapchallenge ke satu aras baru, apabila mereka berjaya menyalakan api mancis dengan teknik yang serupa.

https://www.youtube.com/watch?v=v_nrezhCv_E

Ia mula menjadi tular selepas dikongsikan oleh sebuah akhbar tempatan, China Press baru-baru ini. Kanak-kanak ini dikatakan sudah berlatih Taekwando selama lebih tiga tahun.

Jadi, jurulatih mereka membuat keputusan untuk mengadakan cabaran ini bagi menguji skil tendangan mereka.

Foto: YouTube

Sebelum melakukan tendangan, kasut mereka telah ditampalkan dengan satu pelekat bagi menghasilkan geseran untuk menyalakan api mancis.

Untuk berjaya dalam cabaran ini, tendangan mereka perlulah laju dan tepat. Hasilnya, kedua-dua pelatih dalam video ini berjaya melaksanakannya dan ia nampak seperti sangat mudah.

Foto: YouTube

Mungkin ke kita dapat melihat selebriti atau ahli sukan yang melakukan cabaran ini pula selepas ini? Sama-sama kita nantikan.

Sumber: China Press

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.