Siakap Keli
Gambar: kemalangandijalanraya

Membimbangkan, Selangor Catat Kadar Kemalangan Dan Kematian Tertinggi Bagi Seluruh Negeri Di Malaysia

Boleh dikatakan pada setiap hari terdapat kemalangan jalan raya yang berlaku di dalam negara Malaysia. Kemalangan berlaku atas beberapa faktor dan antaranya ialah kecuaian pemandu, keadaan kenderaan dan juga fizikal jalan raya yang rosak. Kemalangan jalan raya bukan sahaja boleh merosakkan harta benda seperti kenderaan dan juga kemudahan-kemudahan yang terdapat di jalan raya, malah boleh menyebabkan kecederaan dan juga maut.

Perkara ini perlu diambil serius oleh pihak yang terbabit bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Mengikut statistik, pada tahun ini sehingga bulan Jun kadar kemalangan meningkat 2.5% berbanding tahun 2018. Peningkatan kadar kemalangan ini merupakan sesuatu perkara negatif yang perlu diambil berat. Kadar kemalangan yang dicatatkan bagi bulan Januari sehingga bulan Jun pada tahun lepas ialah 274,556 kemalangan dan meningkat kepada 281,527 pada tahun ini.

Menurut infografik berkenaan, negeri Selangor mencatatkan jumlah kemalangan yang paling tinggi iaitu 83,607 bersamaan 29.7% manakala 41,161 bersamaan 14.6% bagi negeri Johor.

Disebalik itu, Selangor dan Johor mencatatkan jumlah kematian yang tertinggi akibat daripada kemalangan iaitu sebanyak 482 kematian. Negeri Perak yang merupakan negeri ketiga yang mencatat jumlah kematian tertinggi telah mengorbankan 302 nyawa akibat daripada kemalangan.

Statistik yang dapat dilihat ini perlulah dijadikan sebagai peringatan kepada seluruh pengguna jalan raya agar lebih berhati-hati. Diharapkan, kadar kemalangan jalan raya dapat dikurangkan serta menurunkan kadar kematian di atas jalan raya.

Sumber: Bernama

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra