Siakap Keli
Gambar Hiasan(Foto: ENCA/The Guardian)

WHO Dakwa Makanan Bayi Mengandungi Kadar Gula Yang Tinggi, Tidak Sesuai Untuk Bayi Kurang 6 Bulan

Kepada ibu bapa diluar sana, jika anda fikirkan makanan bayi selamat untuk anak anda, fikirkan semula.

Ini kerana menurut laporan kajian yang telah dijalankan oleh Organisasi Kesihatan Dunia(WHO), mereka mendapati yang sebaliknya.

Berdasarkan kajian mereka, lebih separuh daripada produk makanan yang dipasarkan di Eropah ketika ini membekalkan lebih 30% daripada kalori daripada gula.

Di samping itu, 1/3 daripada produk-produk ini menyenaraikan gula, jus buah pekat serta pemanis lain sebagai bahan kandungan mereka.

Gambar Hiasan(Foto: Inhabitat)

Perkara ini memberi risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi diabetes dan obesiti pada usia muda terhadap bayi yang mengambil makanan bayi sebegini.

WHO turut mendakwa bahawa sekitar 60% produk makanan bayi yang diiklankan sebagai selamat untuk diambil oleh bayi berumur bawah enam(6) bulan.

Ia tidak menyalahi undang-undang Kesatuan Eropah tetapi melanggar bimbingan WHO yang mengatakan produk makanan tidak sepatutnya diiklankan sebagai sesuai untuk bayi bawah enam bulan.

Menurut mereka, para ibu amat dicadangkan untuk hanya memberikan susu badan kepada anak-anak mereka sehingga berumur enam bulan dan hanya memberinya makan makanan yang sesuai selepas melebihi usia tersebut.

Sumber: Bloomberg

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.