Siakap Keli
Gambar Hiasan

KPM Mahu Kelaskan Peminjam PTPTN Dalam 3 Kategori, ‘Peminjam Culas Tegar’ Salah Satunya

Seperti yang diketahui, antara fungsi utama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah untuk menguruskan pembiayaan kewangan serta pinjaman pelajaran pengajian tinggi kepada siswa mahupun siswazah yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di negara ini.

Saban hari ada sahaja isu hangat yang membicarakan mengenai soal pembayaran balik pinjaman ini. Terdahulu, pihak kerajaan pernah mencadangkan supaya peminjam yang ingkar membayar akan disenarai hitam namun ianya telah dibatalkan tahun lalu.

Justeru, pihak Kementerian Pendidikan dalam kenyataannya yang terbaru menjelaskan bahawa akan mengkategorikan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada tiga jenis iaitu peminjam patuh bayar, peminjam culas dan peminjam culas tegar.

Menterinya, Dr. Maszlee Malik berkata kaedah itu merupakan sebahagian daripada inisiatif dan tindakan yang bakal dilakukan agar mekanisme kutipan bayaran balik PTPTN lebih konprehensif dan adil kepada peminjam sedia ada dan bakal peminjam.

“Dalam pada itu, dapatan daripada Kertas Konsultasi Rakyat (KKR) juga sedang diperhalusi oleh satu panel penasihat khas bagi mengenal pasti cadangan terbaik yang akan diguna pakai sebagai mekanisme bayaran balik PTPTN dan seterusnya dibentangkan kepada jemaah menteri pada Ogos nanti,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Sumber: BERNAMA

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)