Siakap Keli

Sembilan Maut Termasuk Kanak-Kanak, Bas Menuju Ke Pesta Kebudayaan Kemalangan

Filipina – 9 kanak-kanak terbunuh dan 16 lagi cedera apabila lori yang dinaiki hilang kawalan dan akhirnya terbabas.

Pemandu lori juga antara mangsa yang mengalami kecederaan ringan semasa kemalangan berlaku di bandar Boljoon, pusat wilayah Cebu.

Polis penyelidik, Nelson Saquibal menerangkan bahawa rombongan lori itu berasal dari dua buah kampung yang sedang dalam perjalanan ke pesta kebudayaan, kesihatan dan sukan di pusat bandar.

Polis berkata, ramai penduduk tempatan yang berusaha membantu mangsa kemalangan sekaligus membantu polis dan bomba untuk cuba menarik mangsa dari bangkai lori.

Kemalangan jalan raya seperti ini sudah sering berlaku dan ini merupakan perkara biasa di Filipina. Hal ini kerana penguatkuasaan undang-undang lalulintas yang lemah, pagar keselamatan jalan raya, dan penanda keselamatan jalan raya yang tidak cukup terutama di kawasan luar bandar.

Sumber: MetroUK

Eyen Mirlen

write deeply from your heart

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.