Siakap Keli
Foto: MovieWeb

Dua Kali Tayang, Avengers: Endgame Akhirnya Berjaya Atasi Filem Avatar, Muncul Filem Terlaris Di Dunia

Setelah hampir sembilan tahun memegang takhta sebagai filem dengan kutipan tertinggi di dunia sepanjang zaman, akhirnya Avatar terpaksa menyerahkan status tersebut kepada Avengers: Endgame.

Pengumuman itu dibuat oleh presiden Marvel, Kevin Feige pada Sabtu dengan menyatakan bahawa filem mereka itu telah ‘menewaskan’ Avatar sebagai filem terlaris sepanjang zaman pada hujung minggu ini.

Semasa pengumuman itu dibuat, kutipan Endgame($2.7892 bilion) sebenarnya masih ketinggalan sebanyak $500 ribu berbanding Avatar($2.7897 bilion).

Avatar bergelar filem terlaris sepanjang zaman sejak 2009(Foto: IndieWire)

Bagaimanapun, pengumuman tersebut dibuat lebih awal kerana mereka percaya, setelah berakhirnya hujung minggu ini, perbezaan itu berjaya diatasi.

Ini kerana mengikut rekod kutipan hujung minggu lepas, mereka berjaya memperolehi sebanyak $2.8 juta di seluruh dunia. Malah, mereka berjaya memperoleh kutipan baru sebanyak lebih $5.5 bilion sepanjang minggu ini di peringkat global.

Keputusan Marvel untuk menayangkan ‘versi baru’ filem Endgame dengan babak tambahan selama enam minit ternyata membuahkan hasil apabila kadar kutipan baru mereka jelas meningkat selepas itu.

Selain itu, filem ke-empat dalam siri Avengers ini pernah mencatatkan rekod baru selepas merekodkan kutipan tertinggi hari pertama tayangan sepanjang zaman dengan jumlah $1.22 bilion seluruh dunia.

Kekal filem terlaris di AS, setakat ini(Foto: Medium)

Bagaimanapun, ia masih belum mampu mengatasi Star Wars: The Force Awakens sebagai pemegang rekod filem paling laris di Amerika Syarikat.

Mereka kini di tempat kedua, $82.5 juta dibelakang kutipan yang direkodkan oleh The Force Awakens.

Sumber: Deadline, Forbes

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.