Siakap Keli
Gambar Hiasan (Foto: Dr Taufiq Razif)

Jangan Marah Anak Tak Tentu Pasal, Kenali 5 Punca Anak Jadi Nakal

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setiap ibu bapa pastinya menunggu-nunggu tumbesaran anak, pastinya sewaktu proses membesarlah akan wujud satu perasaan gembira dalam kalangan ibu bapa. Mereka pada usia seawal 3 tahun sudah pandai menguruskan diri sendiri.

Namun, seawal usia mereka ini, kekadang mereka ini terlalu nakal sehinggakan menimbulkan kemarahan ibu bapa. Jika kita nasihat secara berhemah pun pasti tidak jalan pun. Bagi orang dewasa, mungkin dengan kemarahan akan mereka diam tetapi mungkin juga ia penyebab mereka nakal?

Tapi, jika ada yang kata jangan marah anak bukanlah bermaksud tidak boleh marah langsung, tetapi ada caranya. Perkongsian menarik daripada Dr Taufiq Razif akan membuatkan  para ibu bapa buka mata dan faham kenapa anak-anak kecil begitu nakal sekali.

Ini antara sebab kenapa anak kita nakal, bukan kerana selalu memarahi tetapi…,

Jangan kata anak kita nakal

1. Boleh jadi anak kita anak kinesthetic yang belajar melalui pergerakan badannya

2. Boleh jadi anak kita anak yang aktif yang mana dia sedang mempersiapkan otot dan tubuhnya untuk membesar

3. Boleh jadi anak kita tu aktif untuk meluahkan emosi terpendam yang dirasakannya. Aktiviti fizikal tu lah cara paling sihat untuk dia menukarkan emosi negatif kepada emosi positif

4. Boleh jadi anak kita tu melompat ke sana ke sini, berlari dan bermain hanya untuk menenangkan diri. Itulah yang kita namakan sebagai Coping Mechanism

5. Boleh jadi juga kerana ia adalah hasil doa kita yang mahukan anak yang bijak dan cerdas otaknya.

Maka Allah datangkan pada kita anak yang aktif dan ceria kerana itulah tanda sel otak anak kita sedang aktif dan berkembang sempurna! Jadi, janganlah mengeluh jika anak kita nakal. Tetapi tegurlah secara berhemah jika perbuatannya melampau batas.

Sumber: Taufiq Razif

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)