Siakap Keli
Gambar : Bernama

Video Intim : Dr Mahathir Tidak Mahu Diperalat

Kuala Lumpur : Penularan video intim yang dikaitkan dengan seorang menteri bukan soal moral, sebaliknya adalah masalah politik, kata Tun Dr Mahathir Mohamad yang menegaskan beliau tidak  sanggup diperalatkan dalam isu  berkenaan.

Perdana Menteri dalam entri terbaharu dalam blog peribadi beliau chedet.cc berkata video berkenaan dibuat dan ditularkan jelas untuk tujuan politik khusus untuk menghalang kejayaan politik individu tertentu.

“Ini bukan soal moral. Ini adalah masalah politik. Ia akan ditangani sebagai isu politik,” tegas Dr Mahathir.

Katanya tindakan yang diharap menyusul selepas ini ialah penyingkiran individu yang disasar dan sebagai individu yang mempunyai kuasa, beliau diharap mengambil tindakan tersebut.

“Apabila saya ambil tindakan ini maka berjayalah pihak yang merancang perbuatan jahat ini. 

“Saya tidak sanggup diperalatkan. Jauh sekali oleh perancang yang berniat jahat dan mengguna politik kotor,” kata Dr Mahathir.

Perdana Menteri berkata agama Islam melarang perbuatan sengaja mengintip untuk mencari keburukan orang, terutamanya oleh perancang yang berniat jahat dan menggunakan politik kotor.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.