Siakap Keli
Gambar Hiasan(Foto: PriusChat)

Ini Hukumannya Jika Anda Bawa Barangan Yang Tidak Sesuai Dengan Kenderaan Anda

Pernah tak anda terlihat pemandu yang membawa barang yang tidak sesuai dengan kenderaan seperti membawa tilam, sofa atau papan kayu dalam kereta sehingga ada yang terpaksa membiarkan bonet kereta terbuka? Atau anda sendiri pernah melakukannya?

Jika ya, anda perlu tahu bahawa ia adalah merupakan salah satu kesalahan dan anda boleh dikenakan tindakan undang-undang. Menurut kiriman yang dikongsikan oleh Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) melalui akaun Facebook mereka.

Foto: FB Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

GUNA KENDERAAN BERSESUAIAN DENGAN BARANGAN/MUATAN

Pemandu hendaklah menggunakan kenderaan yang bersesuaian dengan jenis barangan atau muatan yang dibawa. Tiada sebarang kenderaan boleh digunakan untuk membawa barangan atau muatan secara berbahaya di atas jalan raya.

Pemandu yang membawa barangan dalam kenderaan sehingga menyebabkan bahaya atau mengundang keselamatan pengguna jalan raya lain, boleh diambil tindakan di bawah Kaedah 20, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (LN 166/1959) dengan denda RM300.

Bawalah barangan yang bersesuaian dengan jenis kenderaan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Sumber: FB Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.