Siakap Keli
Gambar hiasan. (Kredit: Business Insider/Wired)

Keluar Iklan Bukan-Bukan, Ini Caranya Nak Buang ”Pop-up Ads” Ketika Guna Internet

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pernahkah anda dalam situasi sedang melayari internet untuk tugasan atau tujuan lain, tapi tiba-tiba muncul iklan pelik-pelik yang memalukan anda?

Pasti ramai yang tidak selesa dan malu apabila iklan ini muncul terutamanya jika ia berlaku di hadapan orang lain kerana ia boleh menimbulkan silap faham. Selain itu, ia juga boleh ‘mencemari’ fikiran anak-anak yang melayari internet menggunakan pelayar tersebut.

Bukan itu sahaja, kadangkala iklan seperti ini turut mengganggu kita melakukan tugasan atau pembacaan. Kadang-kadang, beberapa saat lepas ditutup, muncul pula iklan lain.

Berikutan itu, seorang pengguna Twitter, Kim Mohito berkongsi cara-cara mudah untuk menyekat iklan-iklan pop up  yang mengganggu ini seperti berikut;

1. Buka tetapan Google Chrome.

2. Skrol sampai jumpa ‘Site settings’.

3. Tekan ‘Ads’.

4. Pastikan butang ini ditutup untuk sekat iklan yang bukan-bukan.

5. Kemudian, pergi ke ‘All sites’.

6. Klik pautan yang anda rasa mencurigakan.

7. Tekan ‘Clear & reset’.

Selain itu, anda juga boleh tekan ‘Site Settings’ dan set semula tetapan setiap kali timbul iklan tersebut.

Bagi pengguna Windows 10 pula, menurut Arif Aeman, anda boleh menyekat iklan tersebut dengan membuka ‘Focus Assist’ dan menekan ‘Alarms only’.

Akhir sekali, Kim turut berpesan agar tidak mengklik sebarang pautan yang bukan-bukan.

Sumber: Kim Mohito

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.