Siakap Keli
Foto: Hartsfield-Jackson International Airport/CNN

(Video)Kanak-Kanak ‘Hilang’ Daripada Pandangan Ibu, Rupanya ‘Main’ Atas Mesin Pengantar Bagasi Sehingga Patah Tangan

Seorang kanak-kanak lelaki telah mengalami kecederaan pada bahagian tangan selepas dia ‘mengembara’ di atas mesin pengantar bagasi di Lapangan Terbang Hartsfield-Jackson Atlanta baru-baru ini.

Kejadian itu bermula apabila ibunya menurunkan budak lelaki tersebut dari dukungannya kerana ingin mencetak pas masuk pada Isnin, menurut laporan insiden dari pihak polis Atlanta.

Menurut ibunya, tidak sampai lima minit selepas dia meletakkan anaknya untuk menyelesaikan urusan penerbangan mereka, anak lelakinya itu sudah hilang dari pandangannya.

Budak lelaki tersebut telah memanjat ke atas alat penghantar bagasi yang berada di belakang kaunter tiket yang tidak berfungsi dan berada di atas alat berkenaan selama lebih kurang lima minit.

Dia hanya diselamatkan sebaik tiba di bilik bag di bahagian Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan(TSA) oleh petugas yang berada di sana.

Kanak-kanak itu kemudiannya di bawa ke hospital berhampiran untuk menerima rawatan.

Dia dilaporkan mengalami luka kecil dan patah di bahagian tangan. Insiden tersebut telah dirakam oleh kamera litar tertutup(CCTV) yang berada di sekitar kawasan lapangan terbang.

Pihak lapangan terbang dikatakan sedang menyiasat mengenai kejadian ini.

Sumber: CNN

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.