Siakap Keli
Gambar Hiasan

Didakwa Serang Dan Cederakan Penduduk Kampung, Harimau Betina Ini Dipukul Sampai Mati

Satu lagi kejadian yang mengemparkan dengan penuh perasaan menunjukkan sekumpulan penduduk memukul seekor harimau betina sehingga mati menggunakan kayu telah mencetuskan kemarahan orang ramai.

Kejadian itu berlaku di sebuah daerah Phiblihit Uttar Pradesh di kawasan Rizab Harimau Philiphit kira-kira jarak 240 kilometer dari ibu negeri Lucknow.

Menurut saksi, penduduk memukul sehingga mati haiwan tersebut kerana mendakwa ia bertindak menyerang dan mencederakan seorang penduduk pada waktu pagi kejadian.

Harimau betina tersebut disahkan mati akibat patah tulang rusuk dan kecederaan yang teruk pada tubuhnya. Selain itu, haiwan ini mengalami kecederaan akibat daripada menggunakan senjata yang tajam seperti tombok dan hampir seluruh tubuhnya terkena tusuk.

Pegawal hutan tempatan telah melakukan satu laporan tentang kejadian tersebut. Bagaimanapun 31 orang penduduk  telah dikenalpasti dan empat orang daripada mereka telah ditangkap.

Insiden ini bukan yang pertama kali berlaku di mana harimau dewasa dibunuh oleh penduduk kampung tersebut. Sejak tahun 2012, telah menyaksikan kematian harimau sebanyak 16 ekor dan 3 ekor harimau di dalam hutan, kata Ketua Pengarah Rizab Harimau Philiphit.

Sumber: India News

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)