Siakap Keli

Hanya Beli Barang MR.DIY, Ini Trik Deko Ala Mewah Dengan Bajet Rendah

Bila fikirkan untuk menghias rumah, apa yang ada dalam kepala korang adalah kos, kan? Betul, selalunya kita akan dimomokkan dengan berpendapat bahawa menghias rumah akan menelankan kos yang tinggi. Sejauh mana pandangan itu kepada kita?

Sebenarnya kalau korang nak tahu, cara hias rumah sendiri tak perlulah upah pakar, cuma anda boleh buat sendiri dengan kos yang rendah malah lagi berpuas hati dengan bajet yang sedia ada.

Tambahan pula sekarang kan tengah trend dan banyak pengguna Facebook melontarkan idea-idea mereka di laman sosial dengan menggunakan barangan daripada MR.DIY. Maklumlah, kat situ banyak barangan keperluan rumah dan isi rumah dijual dengan harga yang sangat murah dan amat berbaloi.

Apa yang korang perlu ada hanyalah imaginasi dan kreativiti. Ini adalah tiga ‘trik’ mudah jika nak hias kediaman korang tanpa perlu mengeluarkan wang yang banyak dan berpatutan. Idea ini juga boleh digunapakai untuk semua jenis rumah sama ada sempit atau rumah kos rendah.

1. Pulihkan Jika Dinding Kelihatan Kotor

Mudah je, korang perlu tampal dinding menggunakan Deco 3D  yang boleh didapati di cawangan MR.DIY dengan pelbagai jenis rekaan menarik. Ia juga mudah ditanggalkan bila korang nak ubah bentuk yang lain.

Tapi, sebelum korang nak ubah suai , pastikan keadaan dinding korang bersih. Jika ada masalah untuk menanggalkan kesan sticker, double tape atau kesan-kesan yang melekat pada dinding dengan mudah saja guna Sticker Remover by Getsun hanya boleh dapatkan di mana-mana cawangan MR.DIY .

Mesti ada yang tertanya-tanya cara nak menanggalkan sticker, ini caranya. Murah sangat harganya RM 5.90 je!!!

Lepas menggunakannya, barulah korang dapat menghiaskan dinding korang dengan corak yang cantik !

Selain itu, korang boleh guna hasil kraf tangan mengikut kreativiti korang menggunakan ‘washi tape’. Sekali sekala apa salahnya tunjuk kebolehan korang menghias dinding kan?

2. Tutup Ruangan Bawah Sinki

Kalau dah nama perempuan tu, mesti nak rumah kelihatan kemas dan cantik. Termasuklah pada bahagian dapur. Bila rumah dah kemas, barulah hati tenang, yer kan?

Mudah je nak selesaikan masalah di dapur supaya tidak kelihatan serabut dan banyak barang, hanya mengubah suai shower curtain untuk menutup pada bahagian bawah sinki. Modal yang kecil tetapi dapat cantikkan ruangan dapur rumah korang.

Jangan pening-pening lagi, beli je barang ni di cawangan MR.DIY yang terdekat harganya sangat murah dan berpatutan!

3. Ubah Gaya Perabot

Trik ni mudah untuk korang pilih yang mana terbaik. Kalau ada bajet lebih tu, tukarlah perabot baru, jika tak, ubah ikut cara di bawah.

Tukar sarung kerusi atau bangku dengan yang baru supaya dapat menampilkan gaya yang lebih kreatif. Dengan cara yang paling mudah untuk rumah korang nampak cantik dengan serikan sarung yang kosong dengan warna yang lebih ceria atau sequin!

4. Berbelanja Di Cawangan MR.DIY

Untuk pengetahuan korang, MR.DIY memiliki lebih daripada 500 cawangan di seluruh Malaysia. Mereta tempat ada. Tapi tak sangka pula rupanya MR.DIY sudah berkhidmat kepada lebih 7 juta pelanggan setiap bulan di seluruh cawangannya dan melalui dalam talian www.mrdiy.com.my

Korang nak tahu tak sekarang ni MR.DIY tengah ada Promosi Poket Selamat 5 !!! Tunggu apa lagi, moh ler kite membeli-belah di sana.

MR.DIY  menjalankan Promosi Poket Selamat ini bersempena dengan hari Kemerdekaan Malaysia yang ke – 62 tahun. Korang jangan risau, promosi ni bermula dari 1 Ogos hingga 31 ogos 2019. Dalam tempoh yang panjang ni, korang boleh berbelanja sebanyak yang mungkin untuk menghias rumah serta penuhi permintaan anak-anak.

Apa jer yang ditawarkan oleh MR.DIY?

Ye lah, MR.DIY menawarkan diskaun dari 30% untuk 40 produk jualan terbaik dari 8 kategori terpilih termasuklah barangan hardware, kelengkapan isi rumah, produk elektrik, aksesori kereta, kelengkapan hiasan rumah, alat tulis dan sukan, mainan serta kelengkapan handphone dan komputer. Takkan korang taknak lagi kan?

Bolehlah hias rumah dengan barangan daripada MR.DIY. Dengan kualiti barang yang baik dan bagus, korang boleh berjimat habis-habisan untuk cantikkan kediaman korang!

Tentang Promosi Poket Selamat dah lama MR.DIY jalankan sejak tahun 2015. Untuk pengetahuan korang, promosi ini untuk menghargai pelanggan-pelanggan setia yang mengunjungi MR.DIY. Selain itu juga, menggalakan rakyat Malaysia untuk lebih berjimat semasa membeli belah di MR.DIY menerusi Promosi Poket Selamat. Best kan?

Macam mana korang berbelanja?

Pelanggan boleh pergi mana-mana cawangan MR.DIY berdekatan dengan korang untuk pembelian produk yang terpilih oleh “Promosi Poket Selamat 5” atau boleh je terus beli melalui atas talian di laman web MR.DIY.

Apa yang menariknya, produk terpilih merupakan produk best-seller di MR.DIY yang tinggi kualiti dan nilai serta terdapat di semua cawangan MR.DIY seluruh Malaysia.

Simple bukan? Siapa kata perlu berbelanja lebih untuk cantikkan kediaman? Walaupun guna bahan yang murah tetapi berkualiti dan kreatif juga boleh memberi impak yang besar untuk rumah korang. Apa-apapun, untuk maklumat lebih lanjut tentang Promosi Poket Selamat ini cuma layari laman web MR.DIY 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang