Siakap Keli
Gambar Hiasan(Foto: Spear Education)

“Ada Tiga Perkara Kena Ikut Untuk Berjaya”, Lelaki Ini Kongsi Nasihat Usahawan Berjaya Kepada Golongan Muda

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tidak dapat dinafikan, kejayaan seseorang dalam hidup mereka itu sudah pasti disebabkan oleh nilai-nilai murni yang sering diamalkan sepanjang hidup mereka.

Malah, golongan yang sudah mencapai kejayaan hidup ini biasanya tidak ‘lokek’ untuk berkongsikan pengalaman atau memberi nasihat kepada orang lain, terutamanya golongan anak muda.

Itulah yang telah dialami oleh saudara Mohamad Reeza apabila beliau berkesempatan untuk meluangkan masa bersama dengan beberapa orang usahawan berjaya, baru-baru ini.

Apa yang terjadi semasa pertemuan mereka itu telah dikongsikan oleh beliau melalui satu kiriman di akaun Facebook-nya sebentar tadi.

Tadi petang saya berpeluang beriadah bersama beberapa orang usahawan bumiputra. Mereka usahawan yang berjaya.

Dapatan duit bukan lagi isu utama, apa yang dibincangkan, ke rumah kebajikan mana duit mereka ingin disalurkan.

Tahap kekayaan, mereka ke luar negara hanya untuk bermain golf semata-mata. Kalau rasa nak ke Chiang Mai, hujung minggu dah sampai. Nak rasa padang golf di Perth, esok beli tiket.

Kalau orang lain ke Ho Chi Minh untuk beli-belah, mereka ke sana untuk bermain golf. Barangkali passport dah stapler dua.

Usai beriadah, kami melepas lelah sambil minum, sejukkan tubuh sebelum solat asar. Mereka memesan air kosong panas, air halia panas, dan seorang lagi air teh ‘O’ laici tanpa gula.

Mungkin minuman ini menjadikan mereka kaya. Saya hanya meminum air mineral botol yang dibawa dari rumah.

“Your dad told me that you have a lot of involvement with students, isn’t that right?”, Pakcik M tiba-tiba bertanya pada saya selepas meneguk air teh ‘O’ laici tanpa gula.

Foto: FB Mohamad Reeza

“Iya saya. Tak selalu juga, cikgu panggil, saya pergi”, jawab saya dengan senyuman.

“That’s good. Awak orang muda, kena bagitahu orang muda yang lain untuk ada 3 perkara kalau nak berjaya”. Dia berhenti seketika untuk menelan laici yang diangkat dari dalam gelas menggunakan sudu.

Yang lain hanya berdiam diri, berminat untuk mendengar sama. Bayu dingin pantai meniup lembut, menggerakkan daun-daun pokok Rhu.

“Pesan pada mereka; pertama, disiplin. Kalau tak ada disiplin jadi apa? Datang kerja lambat, rehat pukul 1, pukul 12.30 dia dah hilang.

Second, amanah. Saya ada masalah dengan anak muda yang tak amanah ni. Kadang-kadang outstation tidur rumah kawan, tapi buat claim dengan company tidur hotel. Kereta company guna untuk urusan peribadi, macam mana rezeki nak berkat?”.

Tenang dia memberi nasihat. Saya hanya diam mendengar, sekali sekala mengangguk.

“Satu lagi tanggungjawab. Ramai sekarang yang tak bertanggungjawab. Buat kerja separuh, tinggal. Bagi task, tak buat. Itu orang tak bertanggungjawab,kan?”

Saya hanya mengangguk tanda mengiyakan.

“Attitude. Bagitahu mereka jaga attitude. Kalau kita jaga yang ni, kita boleh berjaya. Sekarang bukan tak ada kerja, ada. Tapi sebab masalah attitude, company tak ambil mereka.

Saya pernah halau engineer saya main phone tengah meeting. Masa serius kita kena serius”. Matanya bersinar memandang saya. Suaranya yang persis Al Pacino menambahkan lagi keseriusan nasihat tersebut.

Saya seperti biasa, hanya diam dan mengangguk. Kali ini ditambah dengan sedikit senyuman anak muda, tanda terima kasih.

“Jom solat”. Pakcik A bersuara sebaik meneguk habis air halia panasnya.

Kami solat berjemaah, disaksikan kawanan burung yang terbang petang pulang ke sarang, dengan bayu pantai menampar lemah pipi yang masih basah dengan wudhuk.

Sumber: FB Mohamad Reeza

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi