Siakap Keli

Jangan Sembang Nak Perbaiki Mutu Bola Sepak Negara, Kalau Etika Kebersihan Pun Gagal – Syed Saddiq

Sabtu lalu berlangsungnya perlawanan akhir Piala FA 2019 di antara pasukan Kedah dan Perak yang menyaksikan pasukan Kedah menjulang kejuaraan dengan keputusan 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Namun, selepas perlawanan tersebut seorang lelaki memuatnaik beberapa keping foto keadaan di sekitar Stadium Nasional Bukit Jalil yang dipercayai di ambil pada pagi ahad di laman Twitternya.

Sungguh mengecewakan apabila kawasan SNBJ dipenuhi dengan sampah-sarap yang tidak dibuang ditempat sepatutnya. Trek untuk orang awam berjogging juga turut terjejas dengan logokkan sampah. Lelaki itu juga tagĀ Menteri Belia Dan Sukan, YB Syed Saddiq.

YB Syed Saddiq berpendapat, jangan kita sembang untuk perbaiki mutu bola sepak negara kalau etika kebersihan pun kita masih gagal untuk uruskan.

“Stadium kita, rumah kita. Sampah kita, tanggungjawab kita,” tambah Syed Saddiq lagi.

Sumber: @KJun24 , YB Syed Saddiq

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)