Siakap Keli
Foto: MadeForWeb

Jangan Tekan Link WhatsApp Tawarkan Internet Percuma 1000 GB

WhatsApp adalah salah satu aplikasi paling popular, baik di peranti iOS mahupun Android. Akan tetapi, hakikat itu juga menjadikannya sasaran bagi penipu atas talian atau “scammer”.

Bercakap mengenainya, baru-baru ini aplikasi itu sekali lagi diserang oleh golongan berkenaan dengan menawarkan data Internet sebanyak 1000GB secara percuma kepada pengguna.

Bagaimanapun, menurut pengkaji dari ESET, tawaran itu adalah ‘terlalu bagus’ sekaligus memberi amaran kepada pengguna WhatsApp untuk berhati-hati.

Foto: ESET/Mirror UK

Tawaran itu akan disertai dengan satu link yang kelihatan dari pembangun WhatsApp, namun ia sebenarnya adalah palsu.

Pengguna yang menekan link tersebut akan dibawa ke satu laman web yang seakan-akan laman web sebenar WhatsApp dan akan diminta menjawab beberapa soalan ringkas.

Foto: ESET/Mirror UK

Selesai menjawab, mereka kemudiannya akan diminta untuk berkongsikan link tersebut kepada 30 pengguna lain sebelum menerima ganjaran yang dijanjikan.

Walaupun ESET masih tidak menemui bukti keberadaan sebarang perisian hasad bersama link tersebut, mereka menasihatkan pengguna untuk berwaspada dan tidak menekan link berkenaan.

Sumber: Mirror UK

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi