Siakap Keli
Gambar Hiasan(Foto: Greenbrew/Facebook)

Kopi Memang Sedap, Tapi Ini Kadar Kopi Yang Selamat Untuk Diambil Oleh Ibu Mengandung

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setiap orang pasti mempunyai minuman kegemaran tersendiri. Namun, antara minum kegemaran yang menjadi pilihan ramai ialah kopi.

Seperti yang kita tahu, kopi ini mempunyai kebaikannya yang tersendiri. Bagaimanapun, ia juga boleh mendatangkan mudarat sekiranya diambil secara berlebihan atau dalam keadaan tidak sesuai.

Itulah yang dikongsikan oleh  Dr. Muhammad Aizat, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan dalam satu kiriman di Facebook-nya baru-baru ini.

Foto: FB Muhammad Izzat

Menurutnya, kopi atau apa-apa minuman berkafien kurang sesuai diambil oleh para ibu yang sedang hamil.

Kopi memang sedap.

Tapi tulah, kalau tak mengandung takde hal la nak minum kopi. Minum bersederhana la kan walaupun tak mengandung. Apa-apa pun dalam kuantiti berlebihan pasti memudaratkan.

Tapi saya nak bagitahu kenapa kena limit caffeine masa mengandung.

Semua ibu mengandung perlu hadkan pengambilan caffeine 200mg setiap hari. Takboleh lebih-lebih. 200mg sahaja ingat tu.

Foto: Today’s Parent

Jangan lupa caffeine bukan setakat ada dalam kopi sahaja, caffeine ada dalam

  • Teh
  • Coklat
  • Minuman tenaga
  • Sesetengah ubat batuk dan selsema
  • Soft drinks seperti cola

Mcm mana nak tahu berapa banyak kandungan caffeine dalam sesuatu minuman atau makanan? Ni saya bagi sekadar anggaran sahaja

  • 1 mug kopi segera : 100mg
  • 1 mug kopi filter : 140mg
  • 1 mug teh : 75mg
  • 1 tin coca cola : 40mg
  • 1 tin minuman tenaga (250ml) : boleh ada sehingga 80mg. Tin yg lebih besar mungkin ada 160mg
  • 1 bar plain chocolate (50gm) : mungkin kurang 25mg
  • 1 bar milk chocolate  (50gm) : mungkin kurang 10mg

So kalau 200mg caffeine sehari, maka dalam sehari mak buyung sekalian hanya boleh menikmati lebih kurang :

2 mug teh DAN 1 tin coca cola ATAU
1 mug kopi segera dan 1 tin (250ml) minuman tenaga ATAU
2 mug kopi segera

Ni analogi sahaja, pandai-pandai la korang adjust mcm mana nak dapat 200mg caffeine setiap hari tu. Ni untuk mereka yang ‘hantu’ kopi tu mcm saiaa lah. Minuman Instant ( segera ) biasanya ada kandungan gula yang tinggi. Jaga-jaga

Pengambilan caffeine berlebihan ketika hamil boleh memudaratkan kehamilan – baby boleh jadi kecik dan meningkatkan kes keguguran lebih-lebih lagi pada awal kehamilan

Maka, saya suka nasihatkan ibu-ibu mengandung sekalian untuk ELAKKAN at all cost pengambilan caffeine pada 12 minggu pertama kehamilan. Selepas 12 minggu kehamilan, hadkan pengambilan caffeine sehingga 200mg setiap hari jika korang takleh hidup tanpa minuman berkaffein. Sekali sekala terlebih 200mg sehari tu takpe, tapi jangan ler dibiasakan selalu.

Lagi bagus kalau ganti minuman-minuman berkaffein ini dengan jus buah ke atau segala minuman yg telah di-nyah caffein(decaffeinated drinks). Tu lagi baik . Ha jangan lupa, KURANGKAN manis ye. Kopi yang takde gula lagi sedap biasanya.

Foto: FB Muhammad Izzat

Jemput kopi dulu. Red velvet tu orang sebelah punya, depa anta salah meja.

Kongsikan kiriman ini bersama orang lain terutamanya jika anda mempunyai ahli keluarga yang sedang hamil untuk kebaikan bersama.

Sumber: FB Muhammad Izzat

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi