Siakap Keli
Foto: News Nation

Laporan Dakwa Anak Osama bin Laden Terkorban Dalam Operasi Ketenteraan

Anak lelaki bekas ketua dan pengasas al-Qaeeda, Osama bin Mohammed bin Awad bin Laden atau lebih dikenali sebagai Osama bin Laden dipercayai telah terbunuh dalam satu operasi ketenteraan.

Memetik laporan NBC News, Hamza bin Laden dikatakan telah terkorban pada satu masa yang tidak diketahui dengan tepat di antara tempoh dua tahun yang lalu, namun kematiannya mengambil masa untuk disahkan.

Menurut sumber daripada pegawai Amerika Syarikat, usia Hamza ketika dia meninggal dunia adalah sekitar 30 tahun.

Pewaris kepada Osama bin Laden itu menjadi buruan selepas dikatakan cuba untuk menghidupkan semula gerakan kumpulan yang diasaskan oleh bapanya itu.

Dia juga didakwa mendapat sokongan daripada anggota al-Qaeda selepas mereka berpendapat ketua rasmi al-Qaeda ketika ini, Ayman al-Zawahiri kurang berkemampuan untuk memimpin mereka.

Bagaimanapun, Presiden Amerika, Donald Trump enggan memberi komen mengenai dakwaan kematian Hamza bin Laden ini ketika ditanya oleh wartawan.

Sumber: The Guardian

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi