Siakap Keli

Tak Sangka Air, Gas, Eletrik Dan Minyak Semuanya Percuma Di Negara Ini Sejak Tahun 1993

Bayangkan jika anda mendapat bekalan asas yang penting iaitu air, eletrik dan minyak secara percuma, apakah reaksi anda?

Bukan sahaja kos sara hidup berkurang dengan banyak malah mereka yang mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai turut tidak akan merasa terbeban.

Sebenarnya tahukah anda terdapat sebuah negara yang wujud di dalam dunia ini di mana pihak kerajaan memberikan air, eletrik, gas bahkan minyak secara percuma kepada semua rakyatnya sejak tahun 1993.

Negara tersebut adalah Turkmenistan yang merupakan negara keempat mempunyai rizab gas asli terbesar di dunia. Selain itu, negara ini juga diliputi oleh Gurun Karakum yang merangkumi lebih daripada 70% kawasan Turkmenistan.

Gambar : wikivoyage
Gambar : US News

Pemilik kenderaan di Turkmenistan diberikan minyak petrol percuma dengan kadar 120 liter minyak bagi kereta, pemandu lori, traktor serta bas pula akan mendapat 200 liter manakala penunggang motosikal pula memperoleh 40 liter.

Apa yang menariknya, jika mereka menggunakan minyak melebihi dari had yang ditetapkan mereka terpaksa membayar sendiri mengikut harga pasaran dengan harga yang sangat murah sekitar RM1.04 per liter.

Gambar : silkroadexplore

Di negara ini juga, kebanyakan rakyatnya dikatakan tidak pernah mematikan dapur gas sebaliknya rela meninggalkan dapur mereka dengan api yang bersuhu rendah. Kedengaran pelik, tetapi ini fakta yang sebenar. Disebabkan bekalan gas yang boleh didapati secara percuma, ramai yang tidak kisah akan penggunaannya.

Tidak cukup dengan itu, rakyat di Turkmenistan juga dikatakan tidak pernah memadamkan lampu ketika keluar dari rumah atau bilik mereka. Salah satu sebabnya bukan sahaja kerana bekalan eletrik percuma tetapi mentol lampu akan mengambil masa sehingga lima ke sepuluh minit untuk menyala kembali setelah dimatikan.

Gambar : Adventure.com
Gambar : wikivoyage

Daripada menunggu, lebih baik membiarkan lampu tanpa ditutup kerana rakyat tidak perlu membayar apa-apa caj penggunaan eletrik walaupun digunakan tanpa had.

Sampai bilakah inisiatif percuma ini diberikan kepada rakyat? Menurut Presiden Turkmenistan, kerajaan berjanji kepada rakyat untuk menyediakan eletrik, gas dan air secara percuma sehingga tahun 2030.

Turkmenistan merupakan negara kaya dengan hasil minyak, mempunyai corak pemerintahan yang menyamai Rusia di mana ekonomi negara di kawal oleh kerajaan pusat.

Sumber : Storiesfeed

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra