Siakap Keli
Foto: Twitter

(Video) Mendebarkan, Detik-Detik Jiran Rentang Kain Selamatkan Budak Jatuh Bangunan Tinggi

Satu kejadian mendebarkan didakwa telah berlaku di daerah Chongqing, China apabila seorang kanak-kanak ditemui sedang tergantung di besi balkoni sebuah bangunan tinggi.

Satu video mengenai kejadian itu telah berjaya dirakam dan menjadi tular selepas dimuatnaik di media sosial.

Dalam video berdurasi 22 saat itu, dapat dilihat kanak-kanak terbabit bergantung pada besi balkoni di tingkat lima bangunan tersebut.

Bagaimanapun, dia kemudiannya tiba-tiba terjatuh selepas genggaman tangannya terlepas dari besi berkenaan.

Kanak-kanak itu bernasib baik apabila beberapa orang jirannya telah bersedia dengan mehamparkan kain dipercayai selimut bagi menyelamatkannya.

Mangsa dilaporkan selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Dalam pada itu, netizen memuji tindakan pantas orang ramai yang menyelamatkan kanak-kanak itu.

Foto: Twitter
Foto: Twitter

Sumber: Twitter @PDChina

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.