Siakap Keli
Gambar Hiasan(Foto: Time8)

Kantoi Rogol Anak Sendiri, Banduan Dibelasah Rakan Sepenjara

Seorang banduan telah dibelasah oleh penghuni penjara yang lain selepas mereka mendapat tahu bahawa dia ditangkap atas tuduhan merogol anak kandungnya sendiri.

Kejadian yang berlaku di negara seberang itu dikatakan berlaku selepas penghuni penjara lain tidak dapat menerima jenayah terkutuk yang dilakukan oleh lelaki berusia 44 tahun tersebut.

Menurut pihak polis, lelaki berkenaan didakwa mempunyai lima orang isteri di mana empat daripadanya sedang bekerja sebagai pembantu rumah di luar negara.

Banduan terlibat disoal siasat pegawai polis. (Foto: Coconuts Jakarta)

Lelaki berkenaan dilaporkan mengakui telah menodai anak perempuan kandungnya sendiri sebanyak lebih 50 kali sejak tahun 2015, iaitu ketika mangsa baru berusia 16 tahun.

Dia ditahan polis pada Isnin selepas didakwa telah menempah sebuah bilik hotel untuk menjalankan aktiviti terkutuknya bersama mangsa sekali lagi, namun gadis itu berjaya melarikan diri seterusnya membuat laporan polis.

Bagaimanapun, dia hanya dimasukkan ke dalam penjara pada keesokan harinya dan telah mula dikasari oleh penghuni penjara lain selepas jenayah yang dilakukannya diketahui mereka.

“Penjara ini dihuni oleh pelbagai jenis penjenayah, ada yang mencuri motorsikal, perompak mahupun berkelakuan ganas. Namun tiada yang melakukan jenayah sekeji lelaki itu,”kata salah seorang pegawai penjara berkenaan.

Sumber: Coconuts Jakarta

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.