Siakap Keli
Gambar Hiasan

Diserang ‘Panic Attack’ Ketika Hamil, Ibu Ini Sampai Duduk Dalam Bilik Gelap, Termenung Atas Katil

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sebagai seorang wanita, pasti pernah rasa risau dan tidak senang duduk bila terfikir rumah bersepah, kesihatan anak terjejas dan bermacam lagi perkara yang bermain di minda belum diselesaikan. Meskipun berada di luar, hati dan fikiran tetap melayang-layang mengingatkan kerja-kerja yang belum disiapkan lagi.

Pernahkah anda mengalami situasi begini? Kalau pernah, anda dinasihatkan tidak terlalu menerima banyak tekanan dan jangan terlalu obses kerana bimbang terkena serangan panik yang akan menjejaskan kesihatan anda.

Panic Disorder atau keresahan panik merupakan salah satu daripada penyakit psikiatri Anxiety Disorder (AD) yang menyebabkan seseorang risau terlampau terhadap sesuatu musibah.

Sama seperti surirumah ini mengalami serangan panik yang berpunca dari kerisauan tentang kesihatan anaknya dan dia juga salah seorang penghidap simptom penyakit ini. Perkongsian daripada laman Facebooknya, Nazia Suhaimi menceritakan pengalaman sebagai seorang penghidap Major Dipressive Disorder.

Saya dah 7 tahun menghidap Major Dipressive Disorder (depression). Sejak Disember 2017 baru saya dapatkan rawatan secara serius dengan pakar psikiatri dan disahkan menghidap Anxiety Disorder.

Katanya, sudah lama dia tidak didatangi penyakit ini, pada hari yang berlaku, dia terlalu fikirkan kata-kata doktor yang periksa kandungnnya dan bercakap tentang pergerakan bayi kurang bergerak kerana dia terkena keracunan makanan.

Kisahnya tengah hari tadi nurse tegur tentang pergerakan bayi. Memang bayi kurang gerak dari semalam. Saya kena “food poisoning”, letih sangat asyik keluar masuk toilet. Jururawat bising takut jadi apa-apa pada bayi.

Saya ni sejenis tak melawan. Diam dan hadam. ‘Siapa tak risau pasal bayi! Bukannya saya tak catat pergerakan bayi. Saya tahulah ini anak saya!’ saya hanya mampu jerit dari dalam hati.

Balik rumah, saya dah mula resah. Terngiang-ngiang suara nurse tadi. Takut ya Allah, kalau bayi tak gerak. Dah mula develop rasa takut yang amat. Akhirnya Maghrib tadi emosi koyak juga dibuatnya.

Azan Maghrib berkumandang. Saya duduk bergelap di dalam bilik, termenung di atas katil. Anak-anak bermain di sisi.

“Abang” saya memanggil. Suara rasa macam tersekat di kerongkong.

“Ye Ya?” Tuan Akmal menyahut. Saya diam.

“Kenapa?” Tuan Akmal datang bertanya. Saya diam lagi.

“Kenapa?” tanyanya lagi.

Air mata saya mula bergenang. Saya masih diam.

“Kenapa menangis?”

Saya geleng-geleng kepala sambil buat isyarat saya tak sihat. Fahamlah Tuan Akmal, saya tak sihat mental dan emosi.

Tuan Akmal suruh saya baring. Diurut lembut belakang badan, suruh saya berehat. Air mata saya merembes tak berhenti sampai saya bertenang sendiri.

Saya cakap pada Tuan Akmal, kalau rasa ni tak setel, kita pergi kecemasan. Tuan Akmal angguk faham dan tinggalkan saya supaya saya dapat relaks.

Sejam kemudian, alhamdulillah saya berjaya tenangkan diri.

Sukar nak explain pada orang apa yang kita lalui. #depression #anxiety hatta mental illness yang lain, sakit yang tak nampak. Kadang benda kecil pun boleh jadi sebab. Orang boleh kata “sebab tu je?”

Bila bercakap tentang mental illness, ia berkait dengan hormon. Hormon yang dah tak seimbang dalam otak. Bila dah kacau otak, seseorang boleh cenderung bertindak tidak normal. Sebab itu ia dinamakan “disorder.”

Sebagai orang biasa, janganlah kita bersangka buruk kepada mereka yang mempunyai masalah mental. Untuk pengetahuan anda, penyakit mental bukanlah ‘gila’. Ianya berperingkat. Bagi yang senasib dengan Nazia, Anxiety ini tidak boleh dikawal dengan berfikiran negatif, daripada situ mereka akan melahirkan rasa gelisah dan resah sehingga mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan.

Sumber: Nazia Suhaimi

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)