Siakap Keli
Foto: Sport Live News

Liverpool Atau City? Wembley Bakal Jadi Saksi Perhitungan Perisai Komuniti Malam Ini

Malam ini bakal berlangsung perlawanan Perisai Komuniti diantara Manchester City dan Liverpool di Stadium Wembley, London (10 malam waktu Malaysia). Ini bermakna Liga Perdana Inggeris bagi musim 2019/20 akan bermula minggu hadapan.

Manchester City yang menjuarai gelaran liga dan juga Piala FA musim lepas, secara automatik Liverpool terpilih menjadi lawan City untuk perlawanan Perisai Komuniti kali ini kerana Liverpool menduduki tangga kedua dalam liga musim lepas.

Untuk pasukan bimbingan Jurgen Klopp, tidak banyak yang berubah dari musim sebelumnya. Liverpool hanya menandatangani 2 pemain muda Sepp van den Berg dan Harvey ElliottĀ bagi musim perpindahan kali ini. Ditambah lagi pemain pinjaman yang kembali semula ke Anfield, seperti Harry Wilson yang sebelum ini dipinjamkan ke Derby County

Begitu juga bagi skuad bimbingan Pep Guardiola yang hanya shopping ala kadar sahaja bagi musim perpindahan kali ini selain melepaskan 4 pemain mereka seperti Vincent Kompany, Fabian Delph, Arijanet Muric dan Douglas Luiz Soares. City menandatangani 2 pemain dari Atletico Madrid (Rodrigo Hernandez) dan PSV Eindhoven (Angel Esmoris).

Untuk rekod pertemuan kedua-dua pasukan sepanjang musim lepas dalam saingan Liga Perdana Inggeris, Manchester City dan Liverpool mencatat keputusan seri di Anfield dan City memenangi perlawanan di Etihad dengan keputusan 2-1. Atas kertas, City layak bergelar juara Perisai Komuniti kali ini. Tapi harus diingat, bahawa Liverpool masih segar dengan gelaran Juara Eropah yang dimenanginya Jun lalu di Wanda Metropolitano, Madrid.

Sumber: 11v11

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)