Siakap Keli
Gambar: The Guardian/Shahrirbahar

Ada Jalan Raya Ada ”Mall”, Taman Perumahan Unik Atas Bangunan Tinggi Rasa Macam Boleh ‘Sentuh’ Awan

Kelihatan seperti taman perumahan biasa, namun siapa sangka, taman perumahan di Jakarta ini sebenarnya terletak sepuluh tingkat di ‘atas awan’.

Cosmo Park yang terletak di atas Thamrin City yang terdiri daripada blok A sehingga F ini disewa pada harga bulanan IDR 25 juta bersamaan kira-kira RM 7,268 sebulan.

Penduduk di sini dapat menikmati pemandangan yang indah dengan fasiliti seolah-olah taman perumahan di atas tanah.

Kredit: Kompas/Ryana Aryadita

Kompleks ini dilengkapi kemudahan seperti pasar mini, kolam renang, gelanggang tenis, trek jogging, taman permainan dan gimnasium. Bahkan, penghuni di sini juga boleh membawa kereta mereka menaiki tingkat 10 melalui laluan khusus yang hanya boleh diakses dengan kad.

Rumah dua tingkat ini mempunyai tiga bilik tidur dan satu bilik pembantu. Ia juga dilengkapi dengan Internet dan perabot.

Kredit: Tempo/Muh Halwi

Selain Cosmo Park, The Villas juga mempunyai konsep yang serupa. Perumahan yang terletak di atas tingkat lima Mall Of Indonesia (MOI) Kelapa Gading ini mempunyai rumah tiga tingkat yang mewah dengan reka bentuk Romawi.

Kedua-dua perumahan ini mendapat sijil Hak Guna Bangunan (HGB) dan izin mendirikan bangunan (IMB) dari kerajaan republik berkenaan.

Sumber: Tribun News,Tempo.co

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.