Siakap Keli

Presiden Indonesia Mengakui Segan Mengunjungi Malaysia Dan Singapura Kerana Jerebu

Presiden Joko Widodo mengakui malu ketika beliau ingin membuat lawatan kerja ke Malaysia dan Singapura, kerana jerebu dari kebakaran hutan dan memberi impak di kedua negara ini. Beliau memberitahu bahawa dia akan melawat Malaysia dan Singapura pada minggu ini.

Hal ini dinyatakan beliau semasa memberi ucapan pada Mesyuarat Penyelarasan Kebangsaan mengenai Kawalan Kebakaran Hutan dan Tanah 2019, di Istana Negara, Jakarta pada Selasa (6 Ogos).

Jokowi juga berkata masalah jerebu telah menjadi berita utama di Malaysia dan Singapura.

“Saya kadang-kadang malu. Minggu ini saya mahu pergi ke Malaysia dan Singapura. Tapi saya tahu minggu lalu sudah menjadi tajuk, jerebu masuk lagi ke negara jiran kita.”

Jokowi mengingatkan peserta mesyuarat untuk segera menyelesaikan masalah kebakaran hutan dan tanah yang dimaksudkan. Menurutnya kedua negara jiran ini sudah tidak mengalami kebakaran, jerebu sejak empat tahun lalu, tapi muncul kembali pada tahun ini.

Jokowi berkata kebakaran hutan dan tanah pada 2015 telah membakar kawasan sekitar 2.6 juta hektar dan menyebabkan kerugian mencapai Rp221 trilion. Beliau meminta kejadian empat tahun lepas agar tidak berulang.

Sumber: CNN Indonesia

Eyen Mirlen

write deeply from your heart

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.