Siakap Keli
Kredit: First Post

Situasi Gawat, Pelancong Diarah Tinggalkan Kashmir Dan Rakyat Malaysia Disaran Tidak Pergi Ke Sana Buat Masa Ini

Putrajaya – Orang ramai khususnya rakyat Malaysia dinasihatkan supaya menangguhkan perjalanan tidak penting ke lokasi terjejas di Jammu dan Kashmir berdasarkan keadaan semasa di negara berkenaan.

Menurut Bernama, pihak berkuasa India meminta pelancong supaya meninggalkan Kashmir kerana ancaman terorisme sementara 25,000 ketumbukan tentera telah dihantar ke wilayah itu.

“Malaysia menggalakkan kedua-dua negara berjiran itu untuk berinteraksi semula dalam dialog dan rundingan bagi mengurangkan ketegangan yang berlaku dan mencari penyelesaian yang baik,” tambah kenyataan itu.

Malaysia turut memantau keadaan di wilayah Himalaya yang bergolak itu kerana negara ini mempunyai hubungan yang rapat dan mesra dengan India dan Pakistan.

“Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular dan perkhidmatan, boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi di 50-M, Satya Marg, Chanakyapuri, 110021 New Delhi atau hubungi +911124159300 dan +919319150306 (selepas waktu bekerja).

“Alamat e-mel Suruhanjaya Tinggi ialah [email protected],” menurut kenyataan itu lagi.

Sumber: BERNAMA

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.