Siakap Keli

(Video) Pernah Tular Di Media Sosial, Ini Penjelasan Tentang Makhluk ‘Aneh’ Yang Ramai Tak Tahu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Baru-baru ini tular di laman twitter tentang sebuah video yang memaparkan sekumpulan ‘makhluk aneh’ yang bergerak di atas lantai. Uniknya, haiwan yang mempunyai rupa seakan-akan lintah ini jarang sekali ditemui di dalam keadaan bergumpal seperti itu.

Sebenarnya video berkenaan telah dirakam pada tahun 2017 lalu namun mula tular semula di media sosial beberapa hari lalu. Meremang bulu roma saat menyaksikan ‘gumpalan makhluk’ itu bergerak.

Netizen tidak ketinggalan berkongsi rasa ‘ngeri’ saat menyaksikan video berkenaan. Ada di antara mereka yang bergurau dengan mengatakan bahawa itu adalah venom yang menyerang superhero Spiderman dalam filem.

Gambar Hiasan

Lantaran itu, ZoologiMy telah berkongsi di laman Twitter mereka mengenai isu ini. Menurut mereka, haiwan yang didakwa ‘mahkluk aneh’ itu sebenarnya sejenis ulat bulu yang berjalan secara berkumpulan. Malah haiwan jenis ini juga gemar membentuk seakan-akan tali yang tidak putus ketika berjalan.

Gambar: Smarter Every Day
Gambar: Smarter Every Day

Kumpulan ini akan berjalan secara bertindih, di mana mereka yang berada di bahagaian bawah akan bergerak dengan kelajuan biasa. Manakala ulat bulu yang berada di atas (bahagian atas ulat bulu lain) akan bergerak dua kali ganda lebih laju untuk mengejar mereka yang di bawah.

Sumber: ZoologiMY

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)