Siakap Keli

Penghantar Makanan Kritikal Didakwa Dilanggar Lari, Abang Rayu Saksi Kejadian Tampil Bantu Siasatan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Malam tadi tular satu hantaran di media sosial yang ditulis oleh pemilik akaun Facebook, Safri Safrina. Safri mendakwa bahawa adik lelakinya telah dilanggar ketika menunggang motosikal pada malam 7 Ogos lalu.

Menurut Safri, adiknya itu sebenarnya seorang pengantar makanan dan ketika kejadian, dia sedang dalam perjalanan menuju ke satu lokasi untuk menghantar makanan yang telah dipesan.

Namun sewaktu sampai di persimpangan berdekatan bank di Bercham, Ipoh, sebuah kenderaan dipercayai telah melanggar adiknya dan kemudian melarikan diri.

“Bismillah, ya Allah, permudahkanlah urusan adikku. Adik saya kena langgar lari ketika kerja.  sesiapa yang ternampak kejadian tersebut sila maklum kepada saya. Adik saya dilanggar di kawasan Bercham di simpang Hong Leong bank. Kereta berkenaan disyaki perodua kenari atau kelisa. Mohon pertolongan, adik saya masih tak sedarkan diri. Mohon doakan semua. Semoga allah dapat balas jasa kalian semua. Amin.”

” Ya Allah, abang tak kuat nak tengok kamu Ejai, dengan berselerak wayar atas badan kamu adikku abang tau kamu kuat Ejai. Bangunlah Eja. 8/8/2019 harini hari jadi kamu. Kamu lupa ke. Ejai bangun la. Kami tunggu kamu ni. Tadi abang pergi tempat kamu kena langgar tu. Ada kesan darah semua. Abang kesian tengok kamu. Tapi kamu jangan risau, abang akan cari sampai dapat  orang yang langgar kamu. Moga Allah permudahkan urusan kita sekeluarga, Insyallah.”

Safri menjelaskan ketika dihubungi Siakap Keli bahawa laporan polis telah dibuat dan adiknya sehingga kini masih tidak sedarkan diri. Safri turut merayu supaya saksi kejadian akan tampil memberikan kerjasama untuk membantu siasat.

Sumber: Safri Safrina 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)