Siakap Keli

‘Tolong Bebaskan Ayah Saya, Dia Bukan Penjenayah’, Gadis 11 Tahun Menangis Rayu Ayahnya Dikembalikan

Ejen imigresen ICE menahan seramai 680 pekerja di tujuh loji pemprosesan makanan Mississippi pada Rabu lalu (7 Ogos), di Amerika Syarikat.

Anak salah seorang tahanan, Magdalena Gomoez Gregorio yang baru berusia 11 tahun memohon agar ayahnya dilepaskan. Kisahnya kemudian dilaporkan secara meluas oleh media di sana.

“Kerajaan, tolong bebaskan ayah saya dan juga yang lain.” Katanya tersedu-sedu. “Ayah saya tidak melakukan apa-apa, dia bukan penjenayah.” tambahnya.

Ayah Gregorio merupakan salah satu daripada ratusan pendatang tanpa izin yang di tahan oleh ICE semasa serbuan yang telah dirancang lebih dari setahun. Serbuan berlaku beberapa jam sebelum Presiden Trump bertemu dengan mangsa penembakan El Paso.

Semasa serbuan dilakukan, ratusan ejen mengepung kawasan tersebut bagi mengelakkan ada yang terlepas. Kesemua tangan pekerja diikat dengan tali dan mereka dibawa ke pusat pemprosesan Mississippi National Guard untuk menanti nasib mereka kemudiannya.

Magdalena dan yang lain ditahan di pusat komuniti gimansium.

Peguam AS, Michael Hurst berkata, “Walaupun kami mengalu-alukan orang dari negara lain, tapi mereka perlu mematuhi undang-undang kami.”

Ada juga beberapa majikan yang ditangkap. Selesai operasi, Hurst mengeluarkan amaran yang tegas kepada peniaga agar mematuhi undang-undang.

“Ia akan memberi impak tahun demi tahun,” kata Patricia Ice, pengarah Projek Undang-undang Perikatan Hak Imigran Mississippi.

“Kami berharap ramai dari mereka dibebaskan dan dihantar pulang” tambahnya.

Serbuan ini tiada kaitan dengan operasi deporasi di seluruh negara pada bulan lepas di mana 35 orang yang telah ditangkap.

Sumber: Cbsnews

Eyen Mirlen

write deeply from your heart

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.