Penceramah terkemuka antarabangsa, Dr. Zakir Naik telah mengadakan satu ceramah di Stadium Sultan Muhammad IV malam tadi dan ia mendapat sambungan yang sangat memberansangkan.
Ceramah yang turut disertai oleh penceramah hebat lain iaitu Ustaz Azhar Idrus tersebut telah dihadiri oleh ratusan ribu rakyat serta kepimpinan tertinggi kerajaan negeri.

Turut memeriahkan majlis ialah anak Dr.Zakir Naik iaitu Fariq Zakir yang meluangkan masa untuk berkongsi sepatah dua kata bersama para hadirin.
Dalam pada itu Menteri Besar Kelantan, YAB. Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad bin Yakob melahirkan rasa syukur dan terharu atas kesatuan rakyat Kelantan.
*Kelantan Model Kesatuan Ummah*Kelantan terus menerajui perubahan dengan melahirkan masyarakat yang cintakan majlis…
Posted by Dato' Ahmad Yakob on Friday, 9 August 2019
Majlis pada malam tadi telah disiarkan secara langsung di laman Kelantan TV di Facebook dan telah mendapat lebih 17 ribu perkongsian serta ditonton sebanyak lebih 635 ribu kali.
Dr. Zakir Naik turut dianugerahkan Tokoh Daei Ummah dari Kerajaan Negeri Kelantan dalam majlis itu di atas sumbangannya dalam menyebarkan dakwah Islam di peringkat global.
Berikut adalah video rakaman ceramah yang diadakan pada malam tadi.
(LIVE) Pidato Perdana Perpaduan Ummah Dr Zakir Naik: The Kelantan Tour 2019- 9 Ogos 2019
*#LIVE Pidato Perdana Perpaduan Ummah Dr Zakir Naik: The Kelantan Tour 2019* .*Di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu*.🎥 *LIVE Youtube* – https://youtu.be/zvD14Xczo4U🎥 *LIVE FB* – http://bit.ly/2TjrwK1.👨👨👦 *TONTON SEKARANG, BANTU SEBARKAN* !👍🏼 LIKE FB : facebook.com/kelantantv#KelantanTV#IslamMenyatukanUmmah#DrZakirNaikTheKelantanTour2019#DrZakirNaik
Posted by Kelantan TV on Friday, 9 August 2019
Sumber: Kelantan TV, FB Dato’ Ahmad Yakob