Siakap Keli
Gambar hiasan.

Berpada-Pada Keluar Beraya, Amaran Ribut Petir Petang Ini Untuk Dua Buah Negeri

Kuala Lumpur, 11 Ogos- Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka bakal melanda dua buah negeri di utara semenanjung sehingga jam 6 petang ini.

Amaran yang dikeluarkan pada 3.55 petang tadi merangkumi negeri Perlis dan Kedah, melibatkan kawasan Langkawi, Kubang Pasu dan Kota Setar.

Penduduk di kawasan terlibat diingatkan agar berhati-hati ketika melakukan aktiviti di luar rumah.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia)

Amira

Love yourself.