Siakap Keli

Dakwa Kerana “Vape”, Remaja Ini Kongsi Kisah Paru-Parunya Tiba-Tiba ‘Tak’ Berfungsi

Seorang remaja yang baru berusia 18 tahun dari Florida, Amerika Syarikat baru-baru ini telah berkongsikan satu kejadian hitam dalam hidupnya bersama akhbar Daily Mail.

Dia yang dikenali sebagai Chance Ammirata memberitahu bahawa paru-parunya tiba-tiba gagal berfungsi dipercayai akibat daripada tabiatnya menghisap rokok elektronik atau ‘vape’ sepanjang 18 bulan yang lalu.

Chance mendakwa, dia mampu menghabiskan satu ‘pod’ cecair peranti tersebut dalam masa hanya dua hari. Jumlah nikotin yang dihisapnya adalah bersamaan dengan 10 batang rokok biasa sehari.

“Saya sukar untuk tidur pada Isnin lepas kerana sakit di bahagian kiri badan, tetapi ketika itu saya jangkakannya hanya disebabkan oleh masalah otot,” katanya.

Keesokan harinya, Chance keluar bermain boling bersama rakannya, dan ketika itu, dia berasa sangat sakit semasa ingin duduk di kerusi plastik yang tersedia di sana.

“Dia(rakannya) ada buat saya ketawa dan ketika itu, ia berasa seperti dada saya mahu pecah, seolah-olah saya terkena serangan jantung,” jelasnya lagi.

Mereka berdua kemudiannya pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum dia(Chance) dikerumuni oleh pakar bedah kira-kira lima jam selepas itu.

Foto: Twitter

Doktor memberitahu paru-paru kirinya sudah rosak dan dia perlu dibedah segera bagi memasukkan tiub untuk membolehkan paru-parunya itu terus berfungsi.

“Apa yang kamu hisap selama ini telah meninggalkan bekas hitam pada paru-paru kamu,’ kata doktor itu kepada saya,” tambah Chance lagi.

Dia bernasib baik kerana pakar bedah itu telah berjaya merawat masalah yang ada pada paru-parunya, tetapi titik-titik hitam yang terdapat pada paru-paru lelaki itu akan mengambil masa yang lama untuk hilang, atau tidak akan hilang sama sekali.

Chance yang tidak pernah merokok sebelum ini telah mengingatkan para perokok atau penghisap vape diluar sana akan bahaya tabiat mereka itu.

Foto: Twitter

Semasa berkongsikan imej jantungnya di media sosial, dia berkata

“Saya lakukannya selama setahun setengah dan kini tidak boleh melakukannya lagi. Paru-paru kamu berkemungkinan besar kelihatan sama seperti ini jika kamu merokok. Sebelum ia menjadi parah, tolong berhenti. Tolong,” rayunya dalam memperingatkan orang ramai. 

Sumber: The Sun

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.