Siakap Keli

“Rasa Bateri Seller Tu Tak Ori,” Cemas, Telefon Meletup Tiba-Tiba, Hampir Ragut Nyawa

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Telefon bimbit dilihat sebagai satu keperluan bagi setiap orang kerana pelbagai urusan boleh dijalankan menggunakan peranti canggih ini. Kepelbagaian jenis di samping kecanggihan yang saban hari semakin meningkat membuatkan ramai orang sentiasa ‘membelek’ telefon bimbit mereka bagi pelbagai tujuan. Namun begitu, sedarkah anda bahawa setiap peranti yang anda miliki mempunyai risiko kerosakan sehingga boleh menyebabkan kecederaan?

Situasi tersebut jelas dapat digambarkan oleh kejadian yang menimpa seorang lelaki apabila telefon bimbit dalam genggamannya tiba-tiba meletup. Kejadian itu dikongsikan sendiri oleh abangnya melalui akaun twitter @wanhaikal56 yang mendakwa bahawa telefon bimbit milik adiknya mengeluarkan asap sebelum mengeluarkan api.

https://platform.twitter.com/widgets.js

“Fon meletup bukan tengah cas atau overheat..tiba-tiba ja berasa dan keluar api”

Menurut perkongsian itu, telefon bimbit yang meletup itu dikatakan tidak terdedah kepada panas yang boleh menyebabkan letupan tersebut, tetapi ianya berlaku secara tiba-tiba setelah asap dan api keluar. Namun, mujurlah lelaki berkenaan sempat melempar peranti berkenaan dan tiada sebarang kecederaan yang menimpanya.

“Nasib baik tak meletop masa kat dalam kocek”

Perkongsian tersebut juga menzahirkan rasa syukur berikutan telefon bimbit berkenaan tidak diletakkan di dalam kocek ketika ianya meletup namun di dalam genggaman yang memudahkan pemilik untuk melemparkannya.

“Aku rasa bateri yang penjual tu jual tak ori”

Dia juga tidak menolak kemungkinan bahawa kejadian telefon bimbit meletup itu adalah berpunca daripada kualiti bateri yang baru sahaja ditukar dua bulan sebelumnya. Kejadian itu dikatakan berpunca oleh bateri tersebut tidak asli yang menyebabkan kegagalan sehingga ianya meletup.

Terpalit dengan pengalaman tersebut, lelaki berkenaan turut menasihati orang ramai supaya berhati-hati ketika urusan membeli atau menukar bateri telefon bimbit kerana risau kejadian yang sama berulang lagi. Perkara sedemikian tidak boleh diambil remeh kerana ianya bukan sahaja boleh menyebabkan kecederaan, malah turut boleh meragut nyawa seseorang.

“Jangan ambil remeh.. boleh ragut nyawa”

Menerusi perkongsian ini, orang ramai dinasihati agar lebih berhati-hati bagi setiap penggunaan gajet canggih yang berada di sekeliling kita. Perkara ini kerana kebanyakan peranti canggih berisiko mengalami kerosakan sehingga boleh mengancam nyawa pengguna.

Sumber: Twitter @Wanhaikal56

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa