Siakap Keli

Cipta Sejarah, Rakyat Malaysia Bakal Jadi Pelajar Termuda Diterima Masuk Kolej Berprestij, Royal College Of Surgeon Ireland

Berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Cambridge dan IGCSE dengan keputusan 5A+, 1A dan 1B, Emir Haady Zulkharnain mengharumkan nama negara dengan menjadi pelajar termuda di Royal College of Surgeon Ireland (RCSI).

Pada usia semuda 14 tahun, Emir menduduki peperiksaan IGCSE setelah hanya 10 bulan menjalani latihan. Menurut STAR International Academy, walaupun Emir kelihatan introvert, beliau merupakan seorang yang sentiasa bersemangat dalam akademik.

Emir memasuki program A-Level pada Januari 2017 sejurus menduduki IGCSE.

Pada usia 16 tahun, beliau telah berjaya menamatkan pengajiannya pada peringkat A-Level dengan keputusan yang cemerlang, A+, 2 A dan 1B.

“Kini beliau melanjutkan pembelajaran di RCSI. Beliau disambut oleh Head Of Admissions yang membawa beliau melawat perkarangan kampus secara peribadi.

Emir bakal melanjutkan pembelajarannya dalam Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) di RCSI pada September ini.

Kecemerlangan Emir turut mendapat perhatian Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.

Sumber: STAR International Academy, Dr. Maszlee Malik

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.