Siakap Keli
Kredit: All Events In/Bernama/Ihsan Nazri

“Kami Pun Tak Berani Nak Ke Gunung Berembun,” Dakwa Pernah Ragut Puluhan Nyawa, Penduduk Kongsi Rahsia Lokasi Nora Ditemui

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Penafian: Dakwaan ini tidak menggambarkan apa yang terjadi kepada Nora Anne, namun sekadar perkongsian kisah misteri yang berlaku di Gunung Berembun dan kawasan sekitarnya.

Gunung Berembun merupakan salah satu tumpuan pendaki dan pelancong yang terletak berhampiran Pantai, Seremban. Gunung ini mendapat tumpuan setelah menjadi lokasi penemuan mayat remaja istimewa kelahiran Ireland, Nora Anne Quoirin, 15 yang hilang secara misteri selama 10 hari tanpa jejak.

Seorang penduduk tempatan, Hilmi Qimie berkongsi kisah di sebalik tempat berkenaan.

“Kalau nak tahu, kami warga Pantai dan berdekatan pun tak berani nak pergi ke Gunung Berembun, tempat Nora Anne ditemui mati tu. Yang tahu je tahu..” katanya dalam satu ciapan di Twitter.

Dia memulakan perkongsian dengan memetik kalam al-Quran;

Menurut Hilmi, Pantai, Seremban mempunyai pemandangan yang cukup indah dan menakjubkan, setanding Tanah Tinggi Cameron.

Namun, di sebalik keindahan itu, tersembunyi beberapa kisah tragedi yang meragut puluhan nyawa. Tragedi pertama yang menjadi lipatan sejarah ialah peristiwa RAF B24 Liberator KL654, sebuah pesawat dari Pulau Cocos, Australia yang terhempas di kawasan pergunungan berhampiran Gunung Berembun.

Cebisan rangka mangsa dan pesawat hanya dicari setelah ditemui oleh orang Asli yang melaporkan penemuan tersebut kepada pihak berkuasa, 46 tahun setelah kehilangannya.

(Kredit: KY G)
(Kredit: KY G)

Dakwa Hilmi, kawasan tersebut sering berlaku kepala air yang kerap kali menyebabkan kematian antaranya melibatkan dua warga Malaysia berketurunan India dan dua pasang kekasih berketurunan Melayu dalam kejadian berasingan.

Selain itu, dia turut berkongsi berita kematian seorang pendaki lelaki yang maut ketika mendaki gunung tersebut.

Kisah-kisah ini bukan jarang berlaku, jika anda lakukan carian di Internet, pasti anda akan menemui berita-berita peristiwa yang mengorbankan pengunjung di situ.

Masyarakat Asli di sini juga tidak menggalakkan orang ramai ke Gunung Berembun kerana kebanyakan pendaki melanggar pantang larang.

“Mereka percaya bahawa terdapat perkampungan bunian dan cerita itu diwarisi dari satu keturunan ke satu keturunan,” katanya.

Dakwaan Hilmi turut disokong oleh beberapa pengguna Twitter yang lain;

Hilmi turut berpesan agar sentiasa berhati-hati ketika menjalankan aktiviti rekreasi di mana sahaja terutamanya di kawasan pergunungan dan hutan simpan.

Sumber: Hilmi Qimie

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.