Siakap Keli
Liverpool FC

Menang UEFA Super Cup, Liverpool Jadi Kelab EPL Miliki ”Major Trophy” Terbanyak Atasi Man United

Kejayaan Liverpool menjulang trofi UEFA Super Cup buat kali keempat selepas menumpaskan Chelsea awal pagi tadi di Istanbul melalui penentuan sepakkan penalti menyaksikan kelab tersebut muncul sebagai kelab Liga Perdana Inggeris memiliki trofi kejayaan terbanyak, mengatasi seteru abadi, Manchester United.

Liverpool ketika ini memiliki sebanyak 46 trofi kejuaraan utama peringkat domestik, Eropah dan dunia manakala United pula berbangga dengan 45 trofi.

Sebagai rekod, Liverpool sebelum ini pernah memenangi sebanyak 18 kejuaraan liga, 7 Piala FA, 8 Piala Liga, 6 trofi UCL, 3 Piala Europa dan 3 UEFA Super Cup, sebelum menambah satu lagi trofi dalam kabinet kejuaraan.

Bagaimanapun Liverpool tidak pernah memenangi gelaran liga sejak ia dijenamakan semula menjadi English Premier League pada 1992.

Manakala United pula merupakan juara liga sebanyak 20 kali, Piala FA sebanyak 12 kali, Piala Liga 5 kali, UCL 3 kali, Cup Winner’s Cup 1 kali, Piala Europa 1 kali dan UEFA Super Cup 1 kali, Piala Intercontinental 1 kali dan Piala Kelab Dunia 1 kali.

Namun begitu, United dilihat memiliki kejuaraan trofi yang pelbagai dan kekal sebagai kelab EPL dengan trofi terbanyak jika mengambil kira trofi-trofi domestik (bukan utama) yang lain.

Bermulanya musim baru ini, perseteruan diantara kedua-dua kelab ini dijangka akan berterusan dan menyajikan aksi-aksi menarik ketika kedua-dua kelab sudah lama tidak menjulang trofi EPL, lebih-lebih lagi skuad bimbingan Jurgen Klopp ketika ini sudahpun menunggu selama 30 tahun untuk berbuat demikian.

Sumber: FOX Sport Asia, Talksport.com

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.