Siakap Keli
Gambar : Yahoo News

Pemberontak Serang Akademi Tentera Myanmar

Yangon : Sekumpulan pemberontak telah melancarkan serangan ke atas sebuah akademi tentera yang terletak berhampiran Mandalay, bandar kedua terbesar di Myanmar, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik kenyataan pihak tentera.

Akademi Teknologi Perkhidmatan Pertahanan (DSTA), terletak di Pyin Oo Lwin, sebuah pekan yang memiliki pemandangan bukit-bukau yang indah di Wilayah Mandalay, telah diserang dengan lima tembakan artileri berat pada awal pagi Khamis, kata jurucakap Brigadier Jeneral Zaw Min Tun.

”Seorang awam terbunuh manakala seorang tentera cedera dalam serangan itu di pekarangan akademi,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata sebuah pos pemeriksaan tentera di Pyin Oo Lwin dan sebuah pangkalan tentera di Naung Cho dalam Negeri Shan turut diserang oleh sekumpulan pemberontak bersenjata yang tidak dikenali pada Khamis pagi.

Beliau berkata serangan itu mungkin sebagai tindak balas terhadap satu serbuan tentera di beberapa kliang dadah di Negeri Shan.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.