Siakap Keli

Bomba Sarawak Buat Laporan Polis, Dikhianat, Disabotaj Pihak Tidak Bertanggungjawab

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak hari ini membuat satu laporan polis berhubung perbuatan khianat dan sabotaj individu tidak bertanggungjawab yang melakukan pembakaran hutan di Kampung Sedi.

Laporan itu dibuat Pemangku Ketua Balai Bomba Tanjung Manis, Majedi Tinggal yang mewakili JBPM, di Balai Polis Daro di daerah Matu Daro.

Menurut Majedi, sepasukan bomba telah membuat rondaan bagi memantau situasi kebakaran yang berlaku di Kampung Sedi, awal pagi hari ini, namun apabila sampai di pos kawalan, terdapat sebuah motosikal dalam keadaan mencurigakan.

“Apabila kami berpatah balik ke tempat kebakaran, terdapat dua tompokkan api yang sedang marak dan mengakibatkan kebakaran terus merebak ke kawasan seluas lima ekar.

“Kami mengesyaki terdapat perbuatan sabotaj berlaku dan membuat laporan polis ini untuk rujukan JBPM,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)